"Asal artis ja operate, kau ingat aku kaya sangat?"
Artis serba boleh, Zulin Aziz menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia melakukan pembedahan dek kerana penurunan berat badannya yang didakwa dalam tempoh singkat.
Baginya, penurunan berat dari 85kg hingga sekarang 57kg adalah berkat usaha yang tidak jemu-jemu sejak bertahun lalu. Jadi ianya bukan drastik seperti yang disangka.
Foto G
???Nak kurus bukan sebab nak cantik semata-mata tapi nak sihat... saya kurus bukan dalam masa dua tiga hari, ambil masa bertahun dan saya buat macam-macam jenis diet sebelum ini"
Menurut portal mStar lagi, ianya adalah soalan yang sering kali diajukan kepada Zulin hingga dia penat untuk menjawab soalan yang sama.
Foto G
"Ramai kata saya buat pembedahan, sebenarnya saya bukanlah gemuk sangat sampai kena bedah. Cukup dengan diet saja."
Bagi Zulin lagi, sudah lebih setahun dia terpaksa menghadap soalan yang sama, sedangkan bagi mereka yang mengikuti perkembangannya, pasti tahu betapa sukarnya untuk dia mendapatkan berat badan idaman.
Jadi, Zulin sudah pun menjelaskan yang dia tidak melakukan pembedahan untuk kurus. Ada siapa nak bantah? - CARI
|