View: 7154|Reply: 44
|
Jalil Hamid TERMENUNG dek kerana dibayar 150 je
[Copy link]
|
|
'Tergamak bayar saya RM150'- Jalil Hamid
Jalil Hamid.
Kuala Lumpur: "Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?".
Demikian luahan pelakon veteran, Jalil Hamid dalam sesi sidang media virtual sempena kehadiran drama bersiri Ayahanda, yang berlangsung hari ini.
Jalil berkata, isu bayaran rendah kepada pelakon senior adalah perkara yang paling tidak adil dan berlaku di dalam industri seni lakon tanah air.
"Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka?
"Dia (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum juga.
"Bidang lakonan ini tak ada 'pencen'. Tak ada had umur," katanya.
Tambah Jalil, dia juga pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.
"Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.
"Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.
"Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya," katanya.
Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV bermula semalam.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Kau igt dia ni xtra org kmpung yg dok melepak kat kedai kopi semata ke nk dibayor 150? Ni legend kot. Award winning actor
Dari bayar batang pokok kayu tu mahal2, baik la bayor kat legend ni |
|
|
|
|
|
|
|
pasaran Malaysia tak sama dengan pasaran Hollywood. Lagipun, ada ke orang nak tengok hero tua? pedas tapi kenyataan kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara pelakon2 kayu dibayar 150k
Lalu ummah memuji2 lakonan mereka
Handsome cantik bla bl bla.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sedih industri seni kat msia ni. tah bila mentaliti nak brubah. yg muda lawa je dpt kelebihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hollywood makin berumur makin kencang payment masuk. Kat sini kadang sedih, asal tua kadang bagi watak pun entah apa2. Belum kira lagi pelakon yg muda2 pun dibaginya watak emak/bapak. Sanggup mekap tua dr nk ambik pelakon yg dah sedia tua. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan yang pahit untuk ditelan.
Populariti lg penting dr pengalaman.
Cikgu didik tv dapat berapa.
Ce tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wirazam at 13-7-2021 09:36 AM
Kalau pakcik nih kena bayar lebih..tapi itulah takde persatuan seniman yg boleh letak harga..yg pernah win award..harga sekian sekian..
patutnya satu episod dlm 60 min termasuk iklan..patut byar per babak..kalau banyak babak..kena lar byar lebih.. |
|
|
|
|
|
|
|
X kisah la kt Hollywood ke x.. Tp producer ke Sapa2 la yg bertanggungjawab nk amik pelakon... Agak2 la... Ko jgn la bg alasan yg bukan2... Byrla Ikut experience n skills dorang |
|
|
|
|
|
|
|
So yg muda2 ni xyah berangan jd artis leh kaya bila tua. |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon hebat jalil hamid ni..tak agak2 nak bayar bnyk tu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
industri msia mmg sedeh. kang org tu dah xde baru sibuk nk bg gelaranla apala.. hargaila sementara masih ada |
|
|
|
|
|
|
|
Patut viralkan company dan prod mana yg kejam mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa company yang teruk tu? Tolong boikot |
|
|
|
|
|
|
|
jalil hamid ni berlakon bisik pd langit tu mmg idup sangat..dengan bengkeng nye..tp smpi ke hati semua perasaan yg dia bawak.especially bila tau ummi nazira (apa nama wataknya ntah) dah mninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi movie dan drama2 melayu berkisar kpd cinta2 dlm novel, selagu itu lah dikriminasi terus berlaku. Kalau tgk korea pun k-drama byk je kisah cinta, tp balance dgn watak2 org tua yg berkarisma sebagai villain atau hero. |
|
|
|
|
|
|
|
satu kenyataaan tentang industri ini di Malaysia... tak pernah menghargai yang senior (sewaktu hidup) dan akan melebih2kan yg muda & cantek. konon sbb bnyk follower so drama akan meletopss... walaupun berlakun kayukayan. Nanti bila pelakun senior ni dah meninggal baru la berebut2 memuji melangit... bagi anugerah itu dan ini walhal sewaktu hidupnya... bagi bayaran sampai orang tu rasa terhina... bak kata Pak Jalil ni... rm150 satu episod... dalam satu episod tu pulak ada berapa scene ? kalau ada 10 scene dia.. takkan 15 hengget satu scene ? Teringat dulu Pak Hamid Gurkha pun pernah nasib yg sama.... memang kesian... nampak nya memang sikap pengeluar & pengarah sama jer dari dulu smpi sekarang.... takkan berubah |
|
|
|
|
|
|
|
twins replied at 13-7-2021 01:43 PM
satu kenyataaan tentang industri ini di Malaysia... tak pernah menghargai yang senior (sewaktu hidu ...
Jed jedi manaaaa nii!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih suka tengok pelakon senior berlakon daripada pelakon muda yg kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada no acc beliau, Dan artis org tua2 yg lain utk derma |
|
|
|
|
|
|
| |
|