BINTULU, 12 Julai: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terjatuh ke dalam gaung di Jalan Bintulu-Miri pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.01 pagi.
Komander Operasi Helman Main memberitahu pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas.
Mangsa, S. Ganapathy Sundaraj berusia 50 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.