CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 6

[Sarawak] Dah 43thn dan 63thn pun masih bergaduh pasal agihan bantuan makanan

[Copy link]
Post time 12-7-2021 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki mengaku bergaduh


KUCHING: Dua lelaki yang  bergaduh sehingga tular di media sosial di sebuah kedai perkakasan di Batu 18, Jalan Kuching  Serian, Siburan ditahan polis petang semalam.

Kedua-dua suspek berusia 48 dan 63 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada jam 5.41 petang.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata,batang kayu sepanjang tiga kaki yang digunakan dalam pergaduhan itu diserah sendiri suspek berusia 63 tahun.


"Kedua dua suspek mengaku bergaduh di tempat kejadian.

"Mereka telah diberi jamin polis setelah selesai rakaman percakapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, berlaku perselisihan faham antara kedua-dua mereka hingga mencetuskan pergaduhan melibatkan isu pengagihan bantuan makanan yang dikaitkan dengan seorang menteri muda yang tular di media sosial.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2021 07:48 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 12-7-2021 07:49 PM
Selisih faham berkaitan bantuan makanan, tiga individu akan dipanggil beri keterangan

KUCHING: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes perselisihan faham hingga mencetuskan pergaduhan melibatkan isu pengagihan bantuan makanan yang dikaitkan dengan seorang menteri muda yang berlaku di sebuah kedai perkakasan di Batu 18, Jalan Kuching  Serian, Siburan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, tiga individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
"Keterangan kesemua mereka akan dirakam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya, polis menerima laporan sekitar jam 4.40 petang pada Sabtu yang dibuat seorang lelaki berusia 58 tahun berhubung satu video tular yang memaparkan tuduhan dan tohmahan serta niat jahat seorang lelaki ke atas seorang menteri muda yang juga ahli dewan undang negeri (ADUN), mempertikaikan duit sumbangan sebanyak RM300,000 adalah dari pihak Kerajaan Persekutuan dan bukannya dari pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Kata Aidil, pengadu selaku seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) telah membuat laporan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan serta tuduhan lelaki tersebut.

Tambahnya, selain dari laporan yang dibuat pengadu, terdapat dua lagi laporan merujuk kejadian yang sama.

Hasil siasatan awal, beliau menjelaskan, lelaki terbabit memuat naik video menghina menteri muda tersebut dengan kata-kata kesat selain mempersoalkan tentang wang peruntukan RM300,000 yang disalurkan kerajaan persekutuan untuk ahli-ahli parlimen menerusi program Bakul Makanan Nasional di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Dedahnya lagi, ekoran kejadian tersebut, pada hari sama, sekitar jam 2.30 petang, seorang lelaki bersama seorang penyokong menteri muda itu telah datang menggunakan sebuah kereta ke tempat kejadian dengan tujuan untuk memberi penerangan kepada lelaki berkenaan yang juga pemilik kedai, berhubung pengagihan bekalan makanan yang dilakukan menteri muda tersebut pada 14 Jun 2021.

"Semasa penerangan sedang diberikan, seorang wanita yang tidak dikenali telah hadir untuk meminta bantuan bekalan makanan dan telah menyatakan tidak pernah menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

"Ekoran itu, telah berlaku provokasi serta pergaduhan di antara lelaki terbabit dengan penyokong menteri muda tersebut," jelasnya.

Menurutnya semasa pergaduhan berlaku, penyokong tersebut telah menggunakan sebatang kayu yang diambil dari kereta manakala lelaki terbabit menggunakan sebatang besi termometer (menyukat suhu) di kedai.

Berikutan kejadian itu, katanya, lelaki terbabit mengalami kecederaan di bahagian ibu jari kaki sebelah kiri manakala penyokong tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Selain dari itu, meja plastik yang berada dihadapan kedai turut pecah semasa pergaduhan berlaku," ujarnya.

Dalam pada itu, Aidil memberitahu, lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap menteri muda tersebut mempunyai tiga rekod kesalahan lampau.
Kes masih dalam siasatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mana satu 48 mana satu 63? Both looks 57.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 08:15 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 12-7-2021 08:05 PM
Yg mana satu 48 mana satu 63? Both looks 57.
rasa nya 48thn tu ... yang gambar background kuning ... nampak masih cubby cute gtu2

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Keadaan terdesak semua benda boleh jadi

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooooo apa hal mau gado2 lagiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2021 09:39 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-7-2021 12:15 PM
rasa nya 48thn tu ... yang gambar background kuning ... nampak masih cubby cute gtu2

haha deng2
why kmk rasa yang background kuning ya 63thn

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.548410 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list