View: 1137|Reply: 5
|
[Sarawak]
Covid19 12/07/2021
[Copy link]
|
|
Ringkasan kes dan kematian melibatkan Covid19
|
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) telah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan BERSETUJU bahawa Sarawak telah bersedia untuk beralih ke Fasa 2 PPN mulai 14 Julai 2021 (12.01 am).
*Garis Panduan (SOP) yang sedia ada masih berkuatkuasa sehingga 13 Julai 2021 (11.59pm)
JPBN telah memuat naik infografik Garis Panduan (SOP) “Pelan Perjalanan Sarawak Menuju Pemulihan: 4 Fasa” bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan Garis Panduan (SOP) dari satu fasa ke fasa berikutnya yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh keempat-empat fasa di Sarawak.
Garis Panduan (SOP) yang terperinci bagi fasa-fasa tertentu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dapat di muat turun dari laman web: https://www.mkn.gov.my.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama untuk membolehkan Sarawak beralih ke Fasa 2.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua para petugas dan pihak yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di seluruh Sarawak.
Orang ramai diseru agar terus mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri yang ketat supaya rantaian COVID-19 ini dapat kita putuskan secepat mungkin.
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
12 JULAI 2021
5.30 PETANG
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan melangkah ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari Rabu, 14 Julai ini.
Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mencapai kata sepakat berhubung keputusan itu dalam mesyuarat hari ini.
Sebelum ini, media sudah diberitahu penasihat JPBNS, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian bahawa dalam fasa kedua ini ia akan melibatkan pembukaan sektor ekonomi dan memberikan keutamaan kepada sumber pendapatan rakyat.
“Saya berharap menjelang 22 Julai ini, 50 peratus rakyat Sarawak sudah melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19 supaya sektor ekonomi dapat dibuka secara perlahan.
Bagaimanapun, kita masih perlu mematuhi SOP, sentiasa berhati-hati dan tidak leka. Kita masih melalui waktu mencabar dalam tempoh yang agak lama dan Kerajaan Sarawak juga akan sentiasa berusaha menyelamatkan rakyat," kata Dr Sim.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan makanan kepada orang ramai sempena Program kongsi Rezeki-Pantri Komuniti di Lepapa Hypermarket Kota Samarahan.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, ia akan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Beliau berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada Jun lalu untuk menyelamatkan nyawa masyarakat susulan penularan Covid-19.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|