|
kes berlainan ...
Pada 11.07.2021 dalam Operasi OP DADU KHAS oleh PDRM IPD Kuching ,satu serbuan telah dilakukan di sebuah kediaman di Lorong Ang Cheng Ho Kuching Sarawak kerana dijadikan sebagai pusat operasi dan pengurusan judi online (calling centre).
Serbuan dilakukan bermula jam 5.02 petang berdasarkan maklumat yg diterima.
Dalam serbuan tersebut,seorang lelaki tempatan pentadbir (administrator centre) berusia 25 tahun telah berjaya ditahan.Pemeriksaan di dalam premis kediaman tersebut mendapati ianya dipercayai mengoperasikan dibeberapa lokasi pusat calling centre yang lain.
Kediaman tersebut telah disewa dengan bayaran bulanan sebanyak Rm2,000.00 sejak satu tahun yang lepas.
Suspek merupakan administrator yang telah diupah untuk menguruskan beberapa akaun pusat pengoperasian calling centre yang lain.
Selain dari itu ,suspek juga akan mempromosikan pelbagai jenis perjudian dalam talian dengan menggunakan aplikasi seperti whatsapp ,Telegram ,Wechat , Skype dan juga Facebook.
Suspek telah bekerja dengan sindiket ini selama lebih kurang 4 bulan manakala operasi calling centre telah dikesan awal tahun ini.Berdasarkan siasatan awal kepada rekod transaksi , sindiket ini juga dipercayai membuat keuntungan sekurang kurangnya Rm 8 juta dalam tempoh 3 bulan terakhir.
Suspek juga mempunyai 2 rekod dalam kegiatan yang sama di sebuah daerah berdekatan.
Pihak Polis turut merampas pelbagai peralatan temasuk satu unit monitor komputer, satu unit pemprosesan komputer CPU , 2 buah telefon bimbit ,router, modem dan peralatan lain dalam menjalankan kegiatan perjudian online tersebut.
Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana membawa hukuman denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih dari lima puluh ribu ringgit serta hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 3 tahun dan selain itu dan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih lima puluh ribu ringgit bagi setiap mesin judi yang dirampas .
Suspek tersebut akan direman di mahkamah Kuching pada 12.07.2021 untuk siasatan lanjut.
OP DADU KHAS akan diteruskan bagi membanteras perjudian haram yang merugikan ekonomi dalam aspek lesen dan cukai.
ACP Ahsmon Bajah
Ketua Polis Daerah Kuching
|
|
|
|
|
|
|
|
Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana membawa hukuman denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih dari lima puluh ribu ringgit serta hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 3 tahun dan selain itu dan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih lima puluh ribu ringgit bagi setiap mesin judi yang dirampas . skit nyer denda
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|