CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 10/07/2021 Sarawak catat 352 kes, tiada kematian direkodkan

[Copy link]
Post time 11-7-2021 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-7-2021 04:18 AM

▪️EMPAT (4) kes positif COVID-19 di Sarawak pada hari ini
▪️Tatacara Kemasukan Ke Sarawak telah dilanjutkan sehingga 15 November 2020.
Laporan Harian Kes COVID-19 di Sarawak (15 Oktober 2020)
KEMAS KINI KES COVID-19
4️⃣ kes positif COVID-19 (jumlah 759)
1. Kuching (3)
2. Miri (1)
5️⃣ kes PUI baru (jumlah 9,868 & negatif 9,109)
0️⃣ kematian direkodkan hari ini (jumlah 19)
3️⃣ pesakit sembuh dan discaj dari hospital (jumlah 693):
1. Hospital Miri (2)
2. Hospital Sibu (1)
Sila rujuk Kenyataan Media yang dilampirkan untuk pecahan yang lebih terperinci kes COVID-19 di Sarawak
(Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak 🩺)
✅ KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA
Hari ini Kabinet Negeri telah bermesyuarat dan menilai situasi semasa COVID19 yang berlaku di luar Sarawak. Oleh itu mesyuarat telah memutuskan untuk melanjutkan Tatacara Kemasukan Ke Sarawak sehingga 15 November 2020.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2021 12:15 PM | Show all posts
COVID-19: Sarawak catat 352 kes, tiada kematian direkodkan

KUCHING: Sarawak merekodkan 352 kes baharu COVID-19 dengan tiada kematian direkodkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah berkenaan kes tertinggi harian direkodkan di Sarikei iaitu 65 kes.

Ia diikuti di Kuching 64 kes, Saratok (29, Lubok Antu (19), Sibu (19), Meradong (18), Telang Usan (17), Mukah (16), Serian (16), Sri Aman (16), Subis (15), Bintulu (13) dan Sibu (13).


“Sementara daerah merekodkan kes satu angka hari ini Tatau (9), Bau (6), Samarahan (5), Kapit (3), Tebedu (3), Lundu (2), Asajaya, Pusa, Sebauh dan Selangau masing-masing satu kes.


“Dengan ini ia menjadikan keseluruhan kes di Sarawak setakat hari ini adalah 68,599 kes,” katanya menerusi kenyataan, hari ini,

JPBNS berkata, daripada 352 baharu yang dilaporkan, 160 kes merupakan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 133 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada.


“Manakala 38 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 20  kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan satu kes dua kes Import B melibatkan individu balik dari Kuala Lumpur,” katanya.


Hari ini kata jawatankuasa tiada kes kematian direkodkan di Sarawak.

utusan borneo 2021-07-10T17:43:28+08:00

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2021 12:16 PM | Show all posts
Satu kluster komuniti diisytihar di Sarikei

KUCHING: Satu kluster baharu diisytiharkan di negeri ini iaitu di Sarikei, melibatkan kluster komuniti.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster berkenaan adalah Kluster Sungai Setajam, Sarikei.

“Ia merupakan kluster komuniti melibatkan sebuah rumah panjang yang terletak di Sungai Setajam di Jalan Bulat di daerah Sarikei.

“Seramai 184 individu telah disaring dan daripada itu 75 individu didapati positif termasuk kes indeks,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS berkata sementara itu 109 daripada mereka yang disaring didapati negatif.

Jawatankuasa memaklumkan hari ini juga tiada kluster yang diisytiharkan tamat yang sekali gus menjadikan 100 kluster masih aktif di Sarawak.

Katanya daripada itu, 14 kluster merekodkan penambahan kes baharu manakala 86 kluster tiada penambahan kes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2021 12:18 PM | Show all posts
Dua kawasan dikenakan PKPD di Sarawak

KUCHING: Dua lagi kawasan di negeri ini telah diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang masing-masing di Bintulu dan Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini berkata, PKPD di Bintulu melibatkan kuaters pekerja, Ladang Sebubu di Jalan Pesisir Bintulu-Miri yang berkuatkuasa dari 9 hingga 12 Julai 2021.

“Sementara di Meradong PKPD melibatkan Rumah Rantie, Ulu Strass, Bintangor yang berkuatkuasa 10 hingga 26 Julai,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu jawatankuasa turut memaklumkan dua lagi kawasan turut ditamatkan menjalani PKPD hari ini.

Antaranya PKPD Rumah Mendali, Buyong Panjai di Betong dan PKPD di kuaters guru, Blok B SMK Sebauh, yang masing-masing ditamatkan pada 10 Julai 2021.

Mengenai status daerah di negeri ini, Betong hari ini bertukar status dari Merah ke Jingga selepas merekodkan 28 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Manakala daerah Lubok Antu betukar dari status Kuning ke Jingga selepas merekodkan 29 kes jangkitan tempatan dam tempoh 14 hari lepas,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 20 daerah di Sarawak masih berstatus Merah manakala tujuh daerah berstatus Jingga, 12 daerah berstatus Kuning dan hanya satu daerah berstatus Hijau.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.531693 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list