CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1411|Reply: 4

[Sarawak] Kes bunuh di Sebauh. UPDATE : Dah tertangkap

[Copy link]
Post time 10-7-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-7-2021 08:22 PM


Polis giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang masih bebas bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh  seorang lelaki yang mayatnya ditemui dengan kesan luka di dalam sebuah bilik kediaman pekerja ladang kelapa sawit di Sebauh pada malam Selasa (6 Julai).









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2021 08:26 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-7-2021 08:46 PM
Masalah hutang punca lelaki rakyat Indonesia bunuh rakan

BINTULU : Polis mengesahkan penahanan suspek utama kes bunuh yang dijumpai mati di  rumah pekerja ladang kelapa sawit di Sebauh, pada malam Selasa(6 Julai).


Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata lelaki warganegara Indonesia berusia 30-an itu ditahan dalam serbuan di rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Sebauh, pada jam 8.30 pagi Khamis.

Turut dirampas sebilah badik, masing-masing sehelai seluar pendek dan baju serta sebuah motosikal.


Susulan penahanan suspek utama itu, kita yakin kes pembunuhan tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Kini kita dalam usaha melengkapkan kertas siasatan dan mengumpul bahan bukti kes untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.


Menurut Zulkipli,  motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada masalah hutang antara saspek dan mangsa.


Pihak polis juga menahan lapan individu terdiri daripada dua wanita dan enam lelaki bagi membantu siasatan,katanya lagi.


Dalam kejadian malam Selasa(6 Julai) kira-kira jam 10 malam, pihak polis telah menerima panggilan daripada seorang Pengurus sebuah ladang kelapa sawit di Sebauh tentang penemuan seorang pekerja ladang tersebut dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.


Mangsa ditemui di dalam sebuah bilik rumah pekerja ladang berkenaan.


Menurut saksi mata, sekitar jam 8 malam mereka terlihat si mati berbual dengan saspek utama sebelum bertindak memecahkan cermin dan reban ayam milik penghuni lain, kata  Zulkipli.


Katanya, saspek, kemudiannya, dilihat mengejar si mati sebelum kedua-dua mereka dilihat masuk semula ke dalam bilik dan tidak lama kemudian suspek dilihat keluar bersendirian dengan sebilah pisau di tangan.


Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959 /63 dan direman sehingga 21 Julai ini bagi membantu siasatan.







Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa org tempatan ke..mls nk bc abis..lg satu penjodoh bilangan utk motosikal seunit ke..ms sy skolah dulu dipanggil sebuah motosikal..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2021 08:45 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 10-7-2021 08:39 PM
Mangsa org tempatan ke..mls nk bc abis..lg satu penjodoh bilangan utk motosikal seunit ke..ms sy sko ...
Terimakasih ... dah betul kan ...

mangsa tu senegara ngan suspek tu juga rasa nya ... warga asing ...



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab hutang sanggup bunuh!
Tak sedar diri! Merosakkan harta benda mangsa lagi!
Dah tau berhutang tu pandai2 la bayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.475961 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list