CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1357|Reply: 3

[Sarawak] Awas, empat kluster baharu diisytiharkan di sarawak

[Copy link]
Post time 10-7-2021 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Awas, empat kluster baharu diisytiharkan di sarawak





KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan empat kluster baharu Covid-19 di Sarawak semalam.
Menurut Pengarahnya Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed,  tiga daripada jumlah itu ialah kluster institusi tahanan dan penjara.
Jelasnya, tiga kluster institusi tahanan dan penjara itu ialah Kluster Benteng Sri Aman, Kluster Tembok Sri Aman Dua dan Kluster Tembok Miri manakala satu lagi kluster baharu ialah kluster komuniti, iaitu Kluster Jalan Pasar Basah di Mukah.
Katanya lagi, ia melibatkan penjual di pasar  di Jalan Lama Mukah membabitkan 229 individu disaring.
Katanya, daripada saringan itu, 32 didapati positif dan 147 negatif, sementara 50 individu masih menunggu keputusan.
“Bagi Kluster Benteng Sri Aman pula melibatkan orang kena tahan (OKT) di Pusat Tahanan Imigresen Batu Lintang di Sri Aman membabitkan 56 individu yang disaring,” jelasnya.
“Daripada jumlah itu, 38 individu didapati positif Covid-19 yang terdiri warganegara Indonesia, 16 individu didapati negatif dan dua lagi masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di DUN lama, Petra Jaya semalam.
Jelas beliau lagi,  kesemua mereka kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Harmoni di bawah Hospital Sri Aman.
Dr Mohamed Sapian berkata, Kluster Tembok Sri Aman Dua pula melibatkan OKT di Penjara Pusat Sri Aman, Sri Aman, dan sebanyak 57 individu telah disaring.
Jelasnya, didapati 55 daripada mereka  didapati positif melibatkan 10 warganegara dan 45 bukan warganegara, seorang individu didapati negatif dan seorang lagi masih menunggu keputusan.
Katanya,  kesemua mereka ditempatkan di PKRC Penjara Sri Aman di bawah Hospital Sri Aman.
“Bagi Kluster Tembok Miri melibatkan OKT di Penjara Pusat Miri, sebanyak 631 orang telah disaring yang mana 59 individu didapati positif Covid-19,” jelasnya.
“Manakala 572 individu masih menunggu keputusan dan kesemua mereka telah ditempatkan di PKRC Senadin di bawah Hospital Miri,” katanya.

sarawakvoice.com/2021/07/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2021 08:12 PM | Show all posts
Kluster orang tahanan memang tak leh nak kata apa dah ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-7-2021 12:12 PM
Kluster orang tahanan memang tak leh nak kata apa dah ...

Kluster pasar basah mukah.. Ramei juak org sia.. Berhati2 semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 08:20 PM | Show all posts
Vellfire replied at 10-7-2021 08:15 PM
Kluster pasar basah mukah.. Ramei juak org sia.. Berhati2 semua
mun dah mukah ...

harap sik mbak ke daro igan ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.074637 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list