CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 0

[Sarawak] MyProdigy laksana program kurikulum SDG di Sarawak

[Copy link]
Post time 9-7-2021 09:01 PM | Show all posts |Read mode
MyProdigy laksana program kurikulum SDG di Sarawak



KUCHING: Sarawak bertuah kerana bakal menjadi antara negeri terawal dipilih dalam pelaksanaan program kurikulum Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Sustainable Development Goal (SDG) 'Round Problems', kata Pengerusi MyProdigy Malaysia Senator Jaziri Alkaf A. Suffian (kiri dalam gambar).

Menurutnya, MyProdigy akan mendigitalkan kandungan pembelajaran dan pendidikan milik Japan Active Learning Association (JALA), dan akan melaksanakannya secara berperingkat di Malaysia.

Program ini telah berjaya disampaikan kepada 60,000 pelajar di Jepun.
“Program SDG ini diiktiraf oleh Dr. Jefferey Sachs yang juga Penasihat Khas kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Program ini menyasarkan untuk membangunkan pelajar dalam pelbagai aspek dan skil seperti design thinking, critical thinking, growth mindset, resilience serta meningkatkan motivasi kendiri serta mempunyai misi kendiri yang bertindak seiring dalam mencapai sasaran SDG khususnya SDG nombor empat iaitu Pendidikan Berkualiti,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, baru-baru ini diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi antara MyProdigy Malaysia yang diwakili Jaziri bersama Pengerusi JALA Hideaki Aikawa (kanan dalam gambar), yang juga CEO of Samadhi Co. Ltd Japan.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Menjelaskan lanjut, Jaziri berkata skil ini adalah penting dan kritikal dalam usaha melengkapkan pelajar dengan skil abad ke-21.

Pelajar juga didedahkan supaya berfikiran global dan mengutamakan kelestarian dalam perbuatan dan tindakan mereka, katanya.

Program ini amat sesuai untuk semua peringkat pembelajaran sama ada daripada peringkat sekolah menengah, peringkat vokasional dan juga universiti.

“Adalah menjadi harapan MyProdigy untuk menerap bentuk pemikiran dan sikap yang dilatih menerusi SDG kepada para pelajar dan pesertanya untuk seluruh anak muda di Malaysia.

“MyProdigy juga merancang agar program ini dilaksanakan secara menyeluruh dalam kalangan anak muda di seluruh Malaysia. Usaha ini penting untuk kita memperkasakan generasi masa hadapan dan memperkukuhkan kapital intelektual negara,” ujarnya.


utusan borneo 2021-07-09T20:50:04+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.488161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list