CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 847|Reply: 0

[Sarawak] Elak varian Delta merebak, rakyat diminta main peranan

[Copy link]
Post time 9-7-2021 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Elak varian Delta merebak, rakyat diminta main peranan

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu memainkan peranan mereka untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19 varian Delta di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini adalah satu cabaran bagi Sarawak khususnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kita mengenakan kuarantin wajib 14 hari untuk semua individu yang masuk ke Sarawak. Selain itu kita juga melarang kemasukan dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Sarawak dan perlu memohon kebenaran dari JPBNS,” katanya pada sidang media JPBNS di sini hari ini.

Tambah Uggah bagi memastikan varian Delta tidak merebak di negeri selepas satu kes dilaporkan di Kuching, beliau mengarahkan anggota keselamatan di sempadan untuk lebih tegas.

“Ini cara kita mengawal varian ini daripada merebak. Tetapi apa yang penting rakyat Sarawak perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) dan elak perhimpunan.

Mengenai vaksinasi di negeri ini, Sarawak katanya berjaya mencapai kuota 77,343 dos semalam iaitu 29,206 dos pertama dan 48,137 dos kedua.

Keseluruhannya, daripada 2.2 juta populasi di negeri ini yang layak untuk divaksin, 63.65 peratus telah menerima dos pertama dan 61.32 peratus telah menerima dos kedua.

Sehubungan itu, Uggah yakin sasaran 80 peratus penduduk yang divaksin di engeri ini dapat dicapai menjelang Ogos ini.

Tambahan katanya tidak timbul isu rakyat enggan divaksin sebaliknya ramai yang datang lebih awal bagi vaksinasi.


utusan borneo 2021-07-09T19:54:42+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.073053 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list