View: 1303|Reply: 9
|
CoronaVac Kurang Berkesan Terhadap Varian Gamma
[Copy link]
|
|
PARIS: Suntikan vaksin CoronaVac dari China, kunci utama melawan COVID-19 di Brazil, didapati kurang berkesan terhadap varian Gamma yang pertama kali dikesan di negara Amerika Selatan yang dilanda virus itu, demikian menurut satu kajian.
Penyelidik mendapati, antibodi yang dihasilkan melalui vaksin itu tidak begitu berkesan ke atas varian berkenaan berbanding varian sebelum ini, selain Gamma kemungkinan boleh menjangkiti semula mereka mereka yang pernah dijangkiti sebelum itu.
Kemampuan Gamma untuk menghindari tindak balas sistem imun termasuk mereka yang sudah menerima imunisasi menunjukkan 'virus itu berpotensi untuk tersebar dalam kalangan individu yang divaksinasi, malah di kawasan dengan kadar vaksinasi yang tinggi', kata penulis kajian dalam satu kenyataan akhbar.
Foto: AFP
Dalam kajian kecil itu, penyelidik Universiti Campinas di Brazil mendedahkan Gamma dan strain sebelumnya kepada antibodi dalam plasma darah 53 orang yang divaksinasi dan 21 orang yang sebelum ini dijangkiti virus COVID-19.
Dalam kumpulan yang divaksinasi itu, 18 orang menerima satu dos CoronaVac, satu daripada vaksin utama dalam tindak balas coronavirus di Brazil, manakala 20 orang baru-baru ini menerima suntikan kedua dan baki 15 lagi menerima vaksin sebagai sebahagian daripada ujian klinikal Sinovac pada Ogos 2020.
Mereka mendapati Gamma mampu menghindari antibodi daripada hampir semua peserta yang menerima hanya satu dos vaskin, dan mereka yang divaksin pada 2020.
Kajian itu yang disiarkan dalam The Lancet Microbe, turut mendapati antibodi yang dihasilkan akibat jangkitan sebelum itu harus sembilan kali lebih tinggi bagi menghalang jangkitan Gamma berbanding sakit yang lebih teruk daripada strain sebelum itu.
Penulis itu berkata, keputusan itu bermakna mereka yang sudah selamat daripada COVID-19 boleh dijangkiti semula.
Bagaimanapun katanya, disebabkan ujian klinikal mengesyorkan vaksin itu berkesan bagi menghalang sakit yang lebih teruk dan kematian, kemungkinan tindak balas imun lebih kompleks. -CARI
Sumber: Berita Harian/AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Kilauan intan yang engkau genggam
Tak sama kehangatan cintaku
Berkurun lama tidak pernah terpadam
Dan kilauan itu membunuhmu
Tersingkirlah bahang asmaraku
Di hatimu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pelah. Kelmarin Lambda, ini pula Gamma, tulat lagi satu new strain sampai bila nak habis.
Penyakit zaman millenium ni pelik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Tazzabar nak tunggu varian Zeta |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 9-7-2021 02:46 PM
Tak pelah. Kelmarin Lambda, ini pula Gamma, tulat lagi satu new strain sampai bila nak habis.
...
Harap harap dia murate mutaye mutate ujung ujung mampuss sendiri.. hilang mcm x file..aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Kan terus dibawa oleh air banjir ke tasik madu teratai layu dan berkubur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 9-7-2021 03:10 PM
Kan terus dibawa oleh air banjir ke tasik madu teratai layu dan berkubur.
Moga doa hang makbul diangkat Allah.. aku dah penat duk rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 9-7-2021 03:13 PM
Moga doa hang makbul diangkat Allah.. aku dah penat duk rumah..
Adik burit duduk rumah sendiri atau rumah kebajikan? |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 9-7-2021 03:15 PM
Adik burit duduk rumah sendiri atau rumah kebajikan?
Rumah sendiriklaaa.. kejam hang duk kata aku duk rumah kebajikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|