CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

[Sarawak] 45 pelajar cemerlang terima insentif

[Copy link]
Post time 9-7-2021 02:22 AM | Show all posts |Read mode
45 pelajar cemerlang terima insentif daripada ADUN Tanjong Datu

LUNDU, 8 Julai: Seramai 45 pelajar cemerlang menerima insentif daripada ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu hari ini.


Insentif berjumlah RM10,200 itu diserahkan kepada 40 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lima pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari SMK Lundu dan SMK Sematan menerusi pengetua sekolah masing-masing.


Ujar Datuk Amar Jamilah berkata ia adalah untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk berusaha lebih lagi dan menjadi contoh kepada pelajar lain agar bersaing secara sihat dalam mempertingkatkan prestasi pembelajaran masing-masing.


Sementara itu, beliau turut menyampaikan 13 Geran E-Khas kepada Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berjumlah RM51,000 dan simbolik penyerahan Baucer Pakaian Seragam daripada Yayasan Sarawak untuk 246 pelajar berjumlah RM49,200 selain menyampaikan Projek Fasilitasi pertanian kepada 5 orang penerima bantuan yang berjumlah RM35,000.


Pada Program itu juga, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Ketua Pergerakan Pemuda PBB N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan yang berupa 88 paket kit makanan kering daripada Lembaga Pengarah Persatuan Peladang untuk para asnaf dan Himidifier untuk senitizer kepada SMK Lundu dan SMK Sematan.






















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.357195 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list