CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 764|Reply: 0

[Sarawak] Tangkapan sebab memalsukan permit

[Copy link]
Post time 9-7-2021 01:54 AM | Show all posts |Read mode
PADAWAN, 08.07.2021 : TANGKAPAN ATAS KESALAHAN DIPERCAYAI MEMALSUKAN PERMIT, TIADA PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), DAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA IMIGRESEN 1959/63.






Seorang lelaki bangsa Melayu berumur 39 tahun bersama 7 lelaki warganegara Indonesia berumur lingkungan 21 tahun sehingga 46 tahun telah di tahan oleh pihak polis dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Batu Kitang / Bau Kuching Sarawak pada pagi semalam kerana didapati membawa penumpang melebihi kapasiti kenderaan.
DSP Lim Jaw Shyong, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan berkata 8 saspek menaiki kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu oleh saspek lelaki tempatan manakala penumpangnya adalah seramai 7 orang lelaki warganegara Indonesia. Semasa pemeriksaan awal dijalankan, pemandu memiliki permit pergerakan PKP yang dikeluarkan oleh Balai Polis Betong dan tiga penumpang lagi memiliki permit pergerakan dari Balai Polis Tanjung Kidurong bagi setiap seorang manakala 4 lagi penumpang tidak memiliki sebarang permit pergerakan.
Hasil pemeriksaan yang lanjut keatas kesemua permit mendapati permit pergerakan milik pemandu meragukan pada bahagian tandatangan dan cop. Pihak Polis telah membuat pengesahan dengan Balai Polis Betong dan mengesahkan berlaku penambahan kandungan pada borang milik pemandu tanpa pengetahuan pegawai yang meluluskan permit.
Semakan pada 3 keping permit dengan Balai Polis Tanjung Kidurong juga mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit kepada ketiga-tiga penumpang tersebut dan dipercayai permit pergerakan yang digunakan adalah palsu. Hasil semakan dokumen passport  kesemua warganegara Indonesia turut mendapati tempoh lawatan sosial telah tamat dan salah seorang lagi permit kerja telah dibatalkan.
Tambah DSP Lim, pemandu yang menggunakan kenderaan sewa bagi tujuan menghantar kesemua warganegara Indonesia balik ke negara asal dengan mengambil upah sebanyak RM500 setiap seorang. Walau bagaimanapun, kesemua warganegara Indonesia memperolehi kebenaran dari Konsulat Indonesia untuk pulang Negara asal dan seorang lagi telah mendapat kelulusan pembatalan permit kerja dari Jabatan Imigresen Bintulu atas alasan untuk pulang ke Indonesia.
Kes disiasat dibawah Sek 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 17(1) (LLDKTJ)(PPN) 2021 dan Kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.404965 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list