CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2038|Reply: 17

Perut Usahawan Membusung Disantau Kawan Sendiri, Bumbung Rumah Sampai Tercabut!

[Copy link]
Post time 8-7-2021 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Perbuatan syirik dengan memohon bentuan makhluk tertentu selain Allah biasanya berlaku disebabkan wujud perasaan hasad dengki, dendam dan cemburu sehingga mereka sanggup membelakangkan agama walaupun Islam melarang keras perbuatan itu.


Namun demi menjatuhkan 'musuh' dalam perniagaan, segelintir individu sanggup berbuat apa sahaja termasuklah dengan memuaskan hati dan nafsu sendiri.


Itu juga terpaksa dihadapi oleh usahawan, Juliza Julizz yang menanggung derita apabila perutnya membusung kerana dipercayai disantau oleh orang yang dianggap kawan sehingga menyebabkan dia pernah berputus asa dalam bidang perniagaan.




Foto: mStar




Tidak cukup itu, pekerjanya, adik serta anak saudaranya turut menjadi mangsa akibat dendam dan perasaan iri hati.


Perut Busung


Juliza yang mempunyai perniagaan butik, restoran dan chalet di sebuah kawasan peranginan memberitahu keadaan kesihatannya mula berubah sekitar 2019 apabila perutnya tiba-tiba membusung seperti wanita sedang hamil.


Pada awalnya dia menyangka terdapat ketumbuhan atau masalah berkaitan sistem penghadaman atau peranakan namun usaha berubat di hospital tidak membuahkan hasil.


"Bingung juga saya memikirkan keadaan yang berlaku pada diri saya sebab doktor sendiri tidak dapat mengesan apa penyakit saya. Tetapi keadaan saya tetap begitu malah semakin teruk setiap hari sehingga membuatkan saya tak tahan menanggung derita.


"Akibat sakit itu juga saya terpaksa hentikan perniagaan saya kerana tak larat bekerja," katanya kepada mStar.




Foto: mStar




Dalang muncul dalam mimpi


Atas nasihat beberapa ahli keluarga dan rakan-rakannya, Juliza memberitahu dia berusaha untuk berubat secara perubatan Islam malah sudah menjelajah ke seluruh Malaysia untuk melakukan perbuatan itu.


"Dua bulan saya menanggung derita perut membusung seperti orang sedang hamil. Sakit yang terpaksa ditanggung hanya Allah sahaja mengetahui... Tak boleh makan, tidur, memang perit dan siksa!


"Ketika mendapatkan rawatan secara perubatan Islam, ustaz berkenaan memberi saya minum tiga biji air kelapa dan seluruh badan menjadi sakit selain saya muntah semahunya.


"Badan jadi lemah dan tak bermaya tetapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih selepas itu," ceritanya.


Ketika mendapatkan rawatan itu di Semenyih, Juliza memberitahu ustaz berkenaan memberitahu dalam tempoh seminggu dia akan mengetahui dalang di sebalik penderitaannya.


Selang beberapa hari kemudian, Juliza memberitahu dia bermimpi tentang seorang individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu dan tidak menyangka ia individu dikenalinya.




  



"Apabila mengetahui dalangnya sudah tentu saya berasa sedih kerana tiada sedikit rasa cemburu atau dendam pun terhadapnya tetapi saya pilih untuk lupakan sahaja kerana Allah akan membalas perbuatannya itu," ujarnya.


Kembali sakit, muntah darah dan histeria masuk butik


Juliza memberitahu dia kembali ke kawasan peranginan itu pada November tahun lalu selepas beberapa bulan menetap di kampung halamannya untuk membuka semula butik dan restoran yang ditutup sebelum ini.


Namun sangkaan keadaan dirinya sudah pulih jauh meleset apabila dia kembali mengalami perkara pelik selain sering berasa sakit di bahagian pinggang sehinggakan dia tidak boleh memandu atau bergerak aktif seperti biasa.


Tidak cukup dengan itu, dia sering berasa sakit dada selain kerap muntah darah sehingga membuatkan dia tidak bermaya.


"Ketika itu saya rasa seperti nyawa dihujung tanduk! Individu itu memang nak saya mati... Setiap kali masuk ke butik atau restoran saya akan histeria, badan jadi sejuk sehingga tidak boleh buat apa.


"Apabila saya pergi berubat, ustaz memberitahu saya telah disantau. Mengucap panjang saya kerana langsung tak sangka sampai ke tahap ini dendam individu itu terhadap saya," katanya.




Foto: mStar




Enggan merisikokan dirinya, Juliza mengambil keputusan pulang ke kampung kerana merasakan kehadirannya di kawasan peranginan itu akan memusnahkan dirinya.


"ada tahap ini saya fikir, ada duit yang banyak pun tidak guna. Tiada siapa boleh tolong saya... Hanya Allah yang tahu derita saya tanggung.


"Saya ambil keputusan menutup restoran kerana tidak mahu ada orang berasa kurang senang dengan saya, " katanya.


Peliknya kata Juliza, sejak dia pulang ke kampung, keadaannya kembali seperti biasa sehinggalah dia kembali ke pusat peranginan itu pada Januari lalu.


Berubat sampai bumbung tercabut!


Juliza memberitahu dia kembali ke sana kerana anak saudaranya yang ketika itu berusia lapan bulan mengalami masalah mata berdarah dan perlu dirawat segera.


Namun seperti dijangka, doktor tidak dapat mengesan sebarang penyakit lain pada bayi itu dan terdetik dihatinya ia ada kaitan dengan santau dialaminya.




Foto: mStar




"Ketika pulang ke sana saya kembali sakit dan anak saudara saya pun turut sakit... matanya berdarah, badan menjadi merah dan kerap menangis.


"Saya bawa jumpa ustaz dan beliau memberitahu anak saudara saya juga sudah terkena tempias santau yang dihantar kepada saya, " katanya.


Tanpa melengkah masa, Juliza terus berubat dengan ustaz berkenaan dan dia menyifatkan rawatan itu paling dahsyat yang pernah dia lakukan.


Mana tidaknya kata Juliza, santau yang dihantar kepadanya cukup kuat sehingga ketika rawatan dilakukan, bumbung rumah tercabut membuatkan dia berasa gementar.


"Tak dapat saya gambarkan perasaan takut ketika rawatan itu sehingga bumbung tercabut tapi Alhamdulillah selepas itu keadaan saya beransur pulih dan anak saudara saya pun tiada lagi masalah pendarahan atau bengkak.


"Apabila membawanya merujuk ke hospital, doktor juga mengesahkan matanya kembali pulih," katanya.




Foto: mStar




Meskipun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan namun Juliza mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaannya kerana memikirkan dia mempunyai ramai kaki tangan yang bergantung kepadanya.


"Kalau saya mengalah, dia akan tepuk tangan tapi saya yakin dan berserah kepada Allah yang menjadi pelindung saya.


"Saya ada Allah, rezeki saya juga milikNya... Apa saya boleh harapkan agar individu itu segera bertaubat dan sedar perbuatan syirik itu haram di sisi Islam, " katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni isu semasa ke...knp x masuk kat board mistik or misteri parabormal?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. santau pd org biasa jah..nape xsantau gomen y dikatakan gagal ini?{:smile pengecut much org y menyantau nih? {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:16 AM | Show all posts
aku rasa anak sedara dia ada penyakit katarak la..lain maciam gambar mata budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
@blastoff hg pi riki2 orang yg boleh santau2 cenggini pi santau dalang kepada yg terima vaksin masuk malaysia . Kalau hg betul2 nak jadi hero malaya selamatkan semua umat dari graphene
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
aku cabar sesiapa santau kabinet2 yg bercekau skrg. kalau memasing tkdk busung, news ni tkde value aihhhh  penipuan semata-mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiiiiiiiii
Asal boleh je belaan jizklongklong ni. Benda2 mcm ni boleh letak dekat bod keusahawanan, misteri & kongsi tular.. macam mana ehhh korang dapat gaji tapi gaji tu mcm tak berkahhh sebab kerja asal boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:32 AM | Show all posts
usahawan timbang kati produk sampah?

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 11:34 AM | Show all posts
motip gunakan anak untuk promot produk sampah? motip sampai gi sumbat lengan anak semata nak menayang emas berat bagai?

  


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:37 AM | Show all posts
Edited by doubleharmonic at 8-7-2021 03:40 AM

motip?



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nakkomenjugak at 8-7-2021 11:39 AM

mak oiiiii ni jenis santau paling mahal ke apa? tu yang sampai orang ingat rumah terbakar padahal tengah membomoh? dendam kesumat petala 7 lapisan kerak bumi ha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 8-7-2021 11:23 AM
Alahaiiiiiiiiii
Asal boleh je belaan jizklongklong ni. Benda2 mcm ni boleh letak dekat bod keusahaw ...

kurex, hg  pi cari bomoh santau2 hantaq kat depa kihkihkihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu nabi anjurkan hidup besederhana..duit kau jota2 pn bio kau sorang je yg tahu..hati org kita tak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 12:25 PM | Show all posts
alah sekadar mengaku sakit siapa2 pun boleh. nak up bisnes le tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bila depa nak mengaku sakit akibat vaksin?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
asek2 citer santau jaaa vosannnnnnn dah la citer bohong. cer cita fakta pasal vaksin. masuk ig . penuh gambar2 . mesti best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 02:16 PM | Show all posts
doubleharmonic replied at 8-7-2021 11:34 AM
motip gunakan anak untuk promot produk sampah? motip sampai gi sumbat lengan anak semata nak menayan ...

daripada dok beli emas bapak besar tu baik la gi berubat mata budak tu..ksian kcik2 da sakit mata..hmm

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:19 PM | Show all posts
Riak ,menunjuk-nunjuk mmg undang padah

tetapi zizan tu ajar suruh tunjuk SEBAB DIA NAK SEMUA ORG KATA MODUS OPERANDI CARA MARKETING DIA BERJAYA

tetapi benda ini mengundnag padah !


org kaya xmenunjuk ye


org kaya mrk simpan diam-diam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.249745 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list