View: 1345|Reply: 9
|
Marah Keluarga Maut Akibat Covid-19, Doktor Pula Dibelasah Beramai-Ramai Sampai
[Copy link]
|
|
New Delhi: Seorang lagi doktor di India menjadi mangsa lepas geram keluarga pesakit Covid-19.
Tribunnews melaporkan keluarga pesakit mengasari pegawai perubatan itu kerana tidak dapat menerima hakikat waris mereka meninggal dunia akibat Covid-19, pada awal bulan lalu.
Dr Seuj Kumar Senapati ketika menceritakan pengalamannya memberitahu, beliau hampir mati akibat dipukul dan ditendang beramai-ramai oleh keluarga pesakit berkenaan.
Insiden itu berlaku ketika Dr Senapati bertugas di pusat rawatan Covid-19 di daerah Hojai, Assam, timur laut India.
Foto: Agensi
Beliau diminta untuk memeriksa pesakit yang dirawat pada waktu pagi.
Ketika melakukan pemeriksaan, Dr Senapati mendapati tubuh pesakitnya sudah tidak bernyawa.
Keluarga pesakit sangat marah sebaik mengetahui perkara itu dan kemudiannya melemparkan kerusi ke arah doktor lelaki berkenaan.
Ahli keluarga lain turut bertindak agresif dengan merosakkan tingkap dan mencederakan petugas kesihatan yang ada di situ.
Dr Senapati berusaha melarikan diri, tetapi terus dikasari keluarga berkenaan.
Sebuah rakaman video yang tular menunjukkan kepala Dr Senapati dipukul dengan pispot (bekas bertutup untuk pesakit membuang air kecil).
Mereka turut mengheretnya keluar dan terus memukul hingga mangsa berlumuran darah.
Pakaiannya turut dikoyak hingga dia tidak berbaju dan menjerit kesakitan.
BBC News melaporkan, tiada siapa yang membantu Dr Senapati ketika itu kerana petugas kesihatan lain turut diserang dan ada yang bersembunyi.
"akaian saya koyak, gelang emas dirampas, telefon bimbit serta cermin mata pula pecah.
"Bagaimanapun, saya dapat melarikan diri kira-kira 20 minit selepas itu," katanya.
Dr Senapati kemudian ke balai polis bagi membuat laporan.
Video yang tular itu menimbulkan kekecohan dan pemimpin setempat berjanji untuk mengambil tindakan segera berhubung insiden itu
Seramai 36 individu termasuk tiga remaja bawah umur disyaki terbabit dalam insiden itu.
Kejadian itu bukan yang pertama kerana sejak awal pandemik Covid-19 tercetus di India tahun lalu apabila beberapa doktor sudah menjadi mangsa serangan keluarga pesakit. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pelik2 tu biasanya dari sini la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh mmg tk bernyawa, suh doc check pastu kne pukul lak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah apa lagi yg doktor mampu buat saat mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku punya la cuak, elok2 hari isnin beli teh ais kat kedai, esoknya kedai tutup, sbb makcik tu ngan laki dia kena covid ... seb baik aku amek langkah berhati hati pakai straw sendiri, sbb aku dok imagin virus melekat kat straw, cutlery, so mmg aku spare straw and cutlery sendiri dlm kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi. Saman lah barua2 yg pukul tu. Saman sampai tinggal spender. Miskin tak miskin, sesuka hati pukul orang. Tak bertamadun betul perangai. Sempat pulak rembat Dr tu punya gelang emas. Dasar anjing. |
|
|
|
|
|
|
|
ganaz dan serem |
|
|
|
|
|
|
|
Dia punya baran dan gelojoh tu selain merogol, memukul membaran sesukati pun ya jugak. Aduh. Ni kalau jadi kat Malaysia ni sure ramai doktor dah kena belasah. |
|
|
|
|
|
|
|
Gilerr.. dahla pukul dgn bekas air kencing. Air kencing tu la paling byk virus covid19.
Dorang ni mmg jenis susah nak terima kenyataan, walau suka makan pedas tapi tak tabah.
Kalau sakit tak mampu tahan mesti terjerit2, kalau sedih menangis teruk sampai meratap2, kalau marah mudah sangat nak mengamuk baran sampai serang orang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|