CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2390|Reply: 9

[Jenayah] Mayat berkecai di Lata Cheng mungkin dibunuh

[Copy link]
Post time 7-7-2021 08:14 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis membawa keluar mayat mayat mangsa yang ditemui di Lata Cheng pada Sabtu lalu.

Mayat berkecai di Lata Cheng mungkin dibunuh

MACHANG – Siasatan penemuan mayat reput yang sudah berkecai seluruh anggota badan di kawasan Lata Cheng di sini Jumaat lalu memasuki ke fasa baharu apabila polis mengesyaki mangsa dalam kejadian itu mati dibunuh.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, mayat mangsa telah dikenal pasti sebagai seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

Katanya, kemungkinan wanita itu dibunuh juga kuat apabila pihak unit forensik Hospital Machang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan seperti patah pada beberapa bahagian tulang rusuk, namun tidak cedera pada bahagian kepala.

“Mayat yang sudah berkecai itu dipercayai ditinggalkan di kawasan yang terletak lima kilometer dari jalan utama dalam keadaan bogel. Polis masih menyiasat sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya.



“Penemuan mayat wanita itu sepadan dengan laporan orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ketereh pada 16 Jun lalu. Laporan itu dibuat oleh seorang lelaki dengan mengatakan bahawa anak saudara perempuannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam telah hilang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.

Ujarnya, bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian sama ada mangsa dipukul di lokasi lain sebelum dibuang di kawasan berkenaan atau tidak.

Menurut Abdullah, sebelum ini, penemuan mayat itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kini siasatan kes ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila siasat lelaki tu dulu yg pak sedaranya yg buat aduan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:23 PM | Show all posts
jap lagi jumpa la dalangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
yakin forumer2 aritu ckp lelaki berkulit cerah, longkai dadah la , mangsa ahlong la.forensik mengatakan yg sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai klate tp xtaw lata cheng ni kt mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2021 09:34 PM | Show all posts
ni yg viral badan kena kerat2 tu ada video x silap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg nampak tangan tu dan anggota lain macam dikerat tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa..OKU wanita ke. Dari 16 Jun buat laporan orang hilang. Dah lama la..aku speku dia kena kurung dan mangsa rogol. Lepastu bunuh keratnak bagi lupus. Jahatnyaaaa..patut kulit dia cerah mulus je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lahai...moga nasib terbela
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon ada update. kecai2 ni dimakan haiwan ke apa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.413307 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list