CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 4

Lelaki Bakar Rumah Bekas Kekasih Kerana Dendam Ditinggalkan

[Copy link]
Post time 7-7-2021 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di Medan, Indonesia yang berang ditinggalkan kekasih bertindak nekad membakar rumah bapa teman wanitanya selepas hubungan mereka berakhir, lapor portal Tribunenews, semalam.


Suspek yang dikenali sebagai S, 28, dikatakan patah hati selepas kekasihnya, Fitriani meminta hubungan mereka diputuskan.




Keadaan rumah Fitriani (baju biru) selepas dibakar bekas kekasihnya. - Tribunenews




Oleh sebab itu, dia berkunjung ke rumah Fitriani kelmarin dengan membawa sebotol minyak petrol sebelum menyimbahnya di sekitar rumah orang tua wanita itu di Dusun II, Desa Pinangripan, Kecamatan Air Batu, Kabupaten Asahan.


Kakak Fitriani, Erni, memberitahu polis bahawa dia ternampak kelibat S di kawasan rumah mereka sebelum kebakaran berlaku.


“Saya tahu S yang bertanggungjawab atas kejadian ini kerana ketika saya memutuskan hubungan dengannya, dia mengugut mahu mencederakan keluarga saya.


“Polis berkata S kini sedang bersembunyi dan saya berharap dia segera ditangkap atas perbuatannya,” kata Fitriani.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut namun rumah ibu bapa Fitriani musnah teruk akibat kebakaran.




Sumber: Kosmo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lelaki emotional, dusty sebegini buruk yach perangai
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 02:48 PM | Show all posts
sib baik dah break... kalau dah kawin dengan dia ntah tak apa lg dia buat kalau dia naik angin....  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan menyesal mahhh..
Sarip dol.samseng kg dusun tua.ulu langat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
twins: sib baik dah break... kalau dah kawin dengan dia ntah tak apa lg dia buat kalau dia naik angin....


Ni kalau kawin,komfem asyik mkn penumbuk,penampar je haa..ai seriusli kenot brain knp dendam je nak kena bunuh,dendam je nak rosakkn org tu,dendam je nak kne bt fizikal attack, dendam je nak sihir, santau bagai..nak tnjuk gah sgt padahal pengecut je y perangai mcm ni..bangga plak jd pengecut..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058947 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list