CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 1

[Tempatan] Penjawat awam rugi RM370,000 ditipu sindiket Macau Scam. #2, Penjawat awam = Pe

 Close [Copy link]
Post time 7-7-2021 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 7-7-2021 03:11 AM

Penjawat awam rugi RM370,000

https://www.kosmo.com.my/2021/07/07/penjawat-awam-rugi-rm370000/

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA
7 Julai 2021, 10:40 am



KUANTAN- Kikis sampai ke tulang. Itu perumpamaan tindakan sindiket Macau Scam yang bukan sahaja memperdaya mangsa sehingga habis duit simpanan malah meminta mangsa membuat pinjaman bank.

Dalam kes terbabit, seorang penjawat awam berusia 33 tahun kerugian RM370,000 selepas diperdaya sindiket terbabit yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 17 Jun lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon dari nombor tidak dikenali.

“Pemanggil terbabit memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan memaklumkan terdapat nama syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa dan tidak membayar cukai.

“Mangsa juga diberitahu syarikat atas namanya itu terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram dan talian berkenaan disambungkan kepada Inspektor Azman dari IPK Pahang untuk menyelesaikan perkara berkenaan tanpa perlu menangkap pengadu,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan dan mangsa telah memasukkan sebanyak RM120,000 sepanjang tempoh lima hari sehingga 21 Jun lalu.

“Selepas mangsa memaklumkan dia sudah kehabisan wang simpanan, mangsa diarahkan untuk membuat pinjaman bank dan telah membuat pinjaman dengan dua bank berjumlah RM250,000.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk memuat turun aplikasi myBNM dan mengisi segala butiran bank dalam aplikasi tersebut,”katanya.

Mohd. Wazir berkata, pada 30 Jun lalu, mangsa mendapati duit pinjaman yang masuk ke akaunnya telah dipindahkan ke beberapa akaun lain dan pada 6 Julai lalu dan mangsa menerima panggilan telefon daripada Bank Rakyat memaklumkan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dari akaun bank mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Beserah dan kes terbabit kini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2021 11:11 AM | Show all posts
Pegawai Maritim terpedaya, hilang RM370,000

https://www.utusan.com.my/terkin ... ya-hilang-rm370000/

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB
7 Julai 2021, 10:03 am


MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF

KUANTAN: Gara-gara bimbang dipenjara atas tuduhan pengubahan wang haram, seorang pegawai Maritim hilang keseluruhan wang simpanannya sebanyak RM370,000, pertengahan bulan lalu.

Akibat takut, penjawat awam berusia 33 tahun itu bertindak membuat pinjaman bank untuk membuat segala pembayaran berkaitan kes tersebut sekali gus terpaksa menanggung bebanan hutang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa dihubungi ‘seorang pegawai’ daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mendakwa terdapat sebuah syarikat didaftarkan atas namanya tidak membayar cukai.

Menurutnya, suspek turut memaklumkan syarikat itu terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram berdasarkan beberapa semakan.

“Panggilan tersebut disambungkan kepada seorang lagi lelaki kononnya pegawai polis bernama Inspektor Azman yang bertugas di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Suspek mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes jenayah yang dihadapinya tanpa perlu melakukan tangkapan.


“Mangsa bersetuju dan memasukkan wang simpanannya berjumlah RM120,000 ke dalam akaun suspek bermula pada 17 Jun hingga 21 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Modus operandi digunakan suspek adalah dengan menyamar sebagai Pegawai LHDN dan polis serta mendorong mangsa membayar wang untuk mengelakkan daripada ditangkap.

Mohd. Wazir berkata, masalah menjadi lebih rumit lagi apabila suspek mengarahkan mangsa membuat pinjaman bank selepas wang simpanannya habis.

“Mangsa menuruti segala permintaan suspek dan membuat pinjaman berjumlah RM250,000 daripada dua buah bank dan memuat turun aplikasi myBNM serta mengisi segala butiran bank dalam aplikasi tersebut seperti yang arah suspek.

“30 Jun lalu, mangsa mendapati duit pinjaman dalam akaun banknya sudah tiada. Semakan transaksi mendapati wang terbabit telah dipindahkan beberapa akaun bank yang lain tanpa pengesahannya.

“Selasa lalu, mangsa menerima panggilan daripada sebuah bank memaklumkan terdapat transaksi mencurigakan terhadap akaun bank miliknya dan dinasihatkan membuat laporan polis,” katanya.

Mohd. Wazir berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan menghubungi polis jika ada panggilan meragukan bagi mengelak kes penipuan seperti ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056262 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list