CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 0

[Sarawak] Boleh sembahyang di Masjid dan Surau tapi kena ikut SOP la ...

[Copy link]
Post time 7-7-2021 02:43 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 6 Julai: Majlis Islam Sarawak (MIS) membenarkan rakyat di negeri ini untuk melakukan solat Jumaat dan solat fardhu di masjid atau surau yang telah diberikan kebenaran berkuatkuasa esok.


MIS dalam kenyataan berkata, bagi solat fardhu Jumaat, had jemaah di masjid Jamek Negeri Sarawak adalah tidak melebih 400 orang dengan penjarakan fizikal, selain itu tidak melebih 200 orang bagi masjid atau surau dalam bahagian atau daerah, dan tidak melebihi 100 orang bagi surau berjumaat.


Manakala bagi solat fardhu pula, kapasiti untuk masjid Jamek Negeri Sarawak adalah tidak melebihi 150 orang dan tidak melebihi 100 orang bagi masjid atau surau dalam sesebuah bahagian atau daerah pada satu satu masa.


Had jemaah tersebut adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan.


Dalam pada itu aktiviti pengimarahan masjid atau surau seperti ceramah, kuliah, kelas pengajian, juga dibenarkan hanya selepas solat Maghrib hingga azan Isyak sahaja dan selepas solat Subuh sehingga 730 pagi sahaja.


Tambah kenyataan itu lagi, aktiviti ziarah kubur di negeri ini adalah ditangguh sementara.


MIS boleh meminda garis panduan ini dari semasa ke semasa mengikut keadaan atau keperluan.


SOP yang perlu dipatuhi antaranya memakai pelitup muka, mengimbas suhu, membawa alas sujud sendiri, digalakkan berwuduk dari rumah, tidak bersalaman, dan tidak bersesak sesak.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.437652 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list