CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 0

[Sarawak] Dadah dibungkus dalam paket serbuk jus

[Copy link]
Post time 6-7-2021 07:13 PM | Show all posts |Read mode


Dadah dibungkus dalam paket serbuk jus cuba kelirukan pihak berkuasa dihantar guna bas

Pada 05.07.2021 lebih kurang jam 6:05 petang, Pegawai Kastam Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching, Sarawak telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warganegara tempatan di Terminal Bas Kuching Sentral.

Pengarah Jabatan Kastam Negeri Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata, lelaki berumur 30-an tersebut telah hadir di Terminal Bas Kuching Sentral dan menuntut sebuah bungkusan di salah sebuah kaunter perkhidmatan bas.


Semakan awal mendapati bungkusan tersebut telah dihantar oleh individu di Miri menggunakan perkhidmatan bas antara bandar.

“Pemeriksaan rapi yang dilakukan ke atas bungkusan berkenaan telah membawa kepada penemuan sejumlah empat puluh lapan (48) paket yang bercetak ‘Juice Master”. Bungkusan tersebut mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis EcstasyMDMA yang telah dicampur dengan serbuk jus.

“Kaedah campuran serbuk Ecstasy dan serbuk jus kini menjadi trend bagi tujuan hiburan dan mempunyai permintaan yang tinggi,” jelas beliau dalam kenyataan media pada hari ini.

Setelah ditimbang, berat kasar kesemua serbuk dalam empat puluh lapan (48) paket berkenaan adalah lebih kurang 2,343 gram dan dianggarkan bernilai RM140,580.00.

Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Ratus Lapan Puluh Sembilan (RM889.00) dan juga sebuah kenderaan Toyota Vios yang dianggarkan bernilai RM25,000.00.

Jumlah keseluruhan rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM166,479.00.

MODUS OPERANDI  
Menggunakan perkhidmatan kargo bas antara bandar untuk mengedar dadah masuk ke Kuching.


Dadah dibungkus menggunakan paket serbuk jus dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa.

KESALAHAN
Kes disiasat di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan memperedarkan dadah berbahaya di mana jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati di bawah seksyen 39B(2) akta yang sama.

KERJASAMA ORANG AWAM
Beliau juga menyeru orang ramai membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” kata Herman Shah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.503358 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list