View: 3145|Reply: 18
|
Tertekan, Sedih-Tiz Zaqyah Masih Trauma
[Copy link]
|
|
Sejak penularan Covid-19 melanda negara dari tahun lalu hingga kini, ramai juga selebriti dan penggiat seni tanah air sudah dijangkiti pandemik berbahaya ini yang disifatkan musuh tersembunyi.
Salah seorang daripadanya ialah pelakon, Tiz Zaqyah yang sah positif Covid-19 pada 9 Mei lalu. Justeru, ketika itu Tiz harus menjalani sesi kuarantinnya di rumah.
Foto: IG
Kini, meski sudah bebas dan sembuh sepenuhnya dari wabak itu, Tiz masih belum melupakan pengalaman dilaluinya. Kata pemilik nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak ini, dia trauma dengan kejadian itu.
Terdahulu, Tiz tampil berkongsi kisahnya pada sesi webinar bertajuk Derita Akibat Covid-19 anjuran Science Media Centre (SMC) Malaysia dan The Petri Dish, baru-baru ini.
"Sebaik disahkan postif Covid-19 pada Mei lalu, saya jadi sangat cemas dan perasaan bercampur-baur. Ditambah, saya berasa sangat tertekan kerana kedua ibu bapa saya secara tidak langsung adalah kontak rapat.
"Jadi, ada kemungkinan besar mereka juga akan dijangkiti. Walaupun saya tidak mempunyai simptom ketika itu, tapi saya amat bimbangkan risiko jangkitan kerana menetap bersama mereka," katanya lagi.
Ujar Tiz, sukar untuk dia membayangkan jika ibu bapanya turut dijangkiti virus itu. Katanya, dia betul-betul berasa tertekan apabila terus memikirkannya, selain di dalam hati sangat sedih.
"Bayangan bahawa kedua ibu bapa mungkin berisiko untuk dijangkiti Covid-19 sentiasa menghantui saya setiap hari. Saya jadi bimbang dengan fikiran yang tidak menentu.
"Justeru, sebaik disahkan pulih dari Covid-19, saya tak tunggu lama untuk memastikan mereka sudah didaftar untuk program vaksinasi. Alhamdulillah, mereka juga sudah menerima vaksin dos pertama masing-masing," katanya.
Berbicara juga mengenai dirinya, Tiz berkata dia memang teruja mahu mendapatkan vaksin Covid-19 seperti orang lain. Namun, buat masa sekarang dia harus menunggu seketika untuk gilirannya.
"Sebagai bekas pesakit Covid-19, saya difahamkan perlu menunggu tiga bulan lagi sebelum bolehdivaksinasi kerana masih mempunyai antibodi mencukupi di dalam badan untuk melawan virus itu.
"Apapun, saya sebenarnya memang tidak sabar untuk mendapatkan vaksin. Pada ketika ini, pengambilan vaksin sangat penting bagi saya yang pernah dijangkiti Covid-19.
"engalaman menghidap Covid-19 menyebabkan saya rasa trauma dan ingin mendapatkan perlindungan segera untuk diri sendiri kerana tidak mahu dijangkiti berulang," katanya.
Menurut pelakon filem Cinta Kura-Kura dan drama Nur Kasih itu, pengambilan vaksin penting untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti setempat. Katanya, kini vaksin bukan lagi pilihan sendiri, tapi ia adalah tanggungjawab sosial.
Sehubungan itu, Tiz menyeru masyarakat supaya segera divaksinasi dan tiada apa yang harus dibimbangkan. Katanya, untuk jaminan keselamatan kita semua, langkah vaksinasi adalah paling tepat dan usah menunggu atau melepaskan
tarikh temujanji yang diperolehi. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang dah ada nama buat la business.
Tengok si Tya menantu Tok Kay tu dah sukses dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati pulak mak pd dia.. Tapi ada juga sejenis yg dah kena kobid.. Makin menjadi2 perangai sampai travel obersi... Walhal nak hantar anak pi tadika jerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
cantikla tiz nie.. dia lost weight pun still cun.
|
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 6-7-2021 10:37 AM
Simpati pulak mak pd dia.. Tapi ada juga sejenis yg dah kena kobid.. Makin menjadi2 perangai sampai ...
Lol tadika je ke?? Igtkan private boarding school... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi pelakon yg sorg lagi tu elok je amik vaksin x lama lps kna covid.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kena kobid x payah vaksin pun xpe...badan dah kenal ngan covid tu...vaksin pun fungsinya nak bagi badan kenal ngan covid gak...xde beza pun, satu secara x rela, satu lagi secara rela gitu |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 6-7-2021 10:52 AM
Tapi pelakon yg sorg lagi tu elok je amik vaksin x lama lps kna covid.. huhu
ke propa? kuarantin kontak rapat je tapi dikatanya positif kobid |
|
|
|
|
|
|
|
teringat nur kasih dia ngan pathia |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni aktif berlakon lagi ke. Ke aku yg tak tengok tv. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku awal bulan lepas positif covid, awal bulan ni dah jab vaksin.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu sebabnya ramai dok doakan depa tu kena kobid..biar depa tau rasa sakit tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Korg ada yg tgk rancangan Rumah 107 kat astro warna tak? Tiz nmpk kurus sgt..ckp pun mcm menggigil.. |
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 6-7-2021 11:52 AM
Dia ni aktif berlakon lagi ke. Ke aku yg tak tengok tv.
Aktif..
hari tu drama siri Covid Oh Covid kat tv3..
pastu skrg drama Diva Popular kat cenel awesome.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak salah,memang skang lepas tempoh sebulan je after kena covid dah boleh cucuk.
tak perlu tunggu 3 months dah...
rasa mcm ade baca message MKN pasal ni aritu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la bukak tv3/ astrok semua muka baru
|
|
|
|
|
|
|
| |
|