CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1525|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 05/07/2021

[Copy link]
Post time 5-7-2021 08:08 PM | Show all posts |Read mode
51 kompaun langgar SOP COVID-19 dikeluarkan


MASIDI


KOTA KINABALU: Sebanyak 51 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah pada 4 Julai 2021.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memakai pelitup muka dengan betul, membawa lebihan penumpang, gagal mendaftar masuk premis, keluar dari kawasan PKPD dan banyak lagi.

"Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 87 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 30 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

"Hasil pemeriksaan dua tangkapan dibuat, satu  tangkapan di bawah Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 dan satu lagi tangkapan di bawah Akta 342 Ordianan Darurat Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan 2021)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sebanyak 1,601 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 23 notis dikeluarkan iaitu 15 di Telupid, enam di Penampang, satu di Kinabatangan dan satu di Sandakan.

"Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP ke atas 59 premis perniagaan dan 456 individu di 18 kawasan," katanya.

Menurutnya, jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada 4 Julai 2021 ialah 228 kes iaitu penurunan 94 kes  berbanding 322 kes pada 3 Julai 2021.

Katanya lagi, terdapat satu kluster iaitu Kluster Bahtera Barat, Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di pelantar cari gali minyak Sapura Pelantar Erb West.

"Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki, 31, kakitangan di pelantar berkenaan," katanya lagi.


utusan borneo 2021-07-05T10:56:21+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2021 08:10 PM | Show all posts
Percepat bekalan vaksin ke Sabah: Hajiji


CENDERAMATA: Hajiji (dua kanan) menerima cenderamata daripada Wong (dua kiri) semasa menerima kunjungan MICC di pejabatnya.


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menggesa kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke Sabah.


Katanya, sebanyak 151 pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka di seluruh Sabah untuk menggerakkan program jangkauan ke pedalaman.

"Tetapi malangnya bekalan vaksin agak perlahan dan kekurangan bekalan vaksin ini turut memberi kesan kepada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang sepatutnya bermula bulan ini.

"Diharap bekalan vaksin ini akan sampai ke Sabah secepat mungkin seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan.


"Kita mahu mencapai sasaran 30,000 orang akan menerima vaksin setiap hari mulai bulan ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu semasa mengadakan pertemuan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah, Hajiji menjelaskan, banyak usaha dilakukan di lapangan untuk memastikan lebih ramai orang yang diberi vaksin bagi menyekat penularan pandemik COVID-19.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi MICCI Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau bersama Hajiji turut membincangkan kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi selain membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan termasuk untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menangani perkara itu.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat di negeri ini dan menubuhkan cawangan Sabah (Sabah desks) di kawasan strategik seperti China dan Eropah untuk menarik pelabur ke Sabah.

MICCI sebagai organisasi yang tertua di negara ini memiliki jaringan dan rangkaian antarabangsa yang luas sekali gus menjadikannya lebih stabil untuk melengkapkan agenda pelaburan kerajaan negeri.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 08:15 PM | Show all posts
Saringan Di Pulau Gaya Punca Lonjakan Kes Covid-19 Di Kota Kinabalu



KOTA KINABALU: Saringan bersasar di Pulau Gaya di sini menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak kes baharu Covid-19 yang dikesan di Kota Kinabalu hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun.

Katanya, daerah berkenaan mencatat 120 kes hari ini, meningkat 48 kes berbanding semalam, dengan 92 kes adalah daripada saringan bersasar, iaitu 62 di Kampung Laban dan 30 lagi di Kampung Pondo, kedua-duanya terletak di Pulau Gaya.




”Selain itu, kluster baharu, iaitu Bahtera Barat, menyumbang lima lagi kes di Kota Kinabalu hari ini, manakala lain-lain kes adalah daripada saringan kontak rapat sebanyak 18 kes, saringan bergejala empat kes, dan satu kes daripada lain-lain kategori,” katanya dalam taklimat harian perkembangan Covid-19 di Sabah hari ini.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, Kluster Bahtera Barat membabitkan penularan jangkitan di pelantar cari gali minyak syarikat Saputra Pelantar Erb West.

Katanya, kes indeks bagi kluster itu adalah seorang kakitangan pelantar berkenaan berusia 31 tahun.

”Dia (kes indeks) tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif dalam saringan prosedur ‘sign off’ kapal pada 8 Jun ketika menjalani kuarantin wajib di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

”Pasukan kawalan yang menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan saringan secara bersasar di lokaliti terbabit mengenalpasti syarikat berkenaan mempunyai 162 kakitangan.

”Daripada 301 sampel yang diambil termasuk sampel ulangan, 17 sampel didapati positif, termasuk lima kes baharu yang direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 18 kes,” katanya. – FMT


05/07/2021 - by Sabah Post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.141009 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list