CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 1

Di Mana Hati Kecilmu, Jadikan Masjid 'Kambing Hitam'

[Copy link]
Post time 4-7-2021 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Penceramah bebas Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) menyelar tindakan pemerintah negara itu melarang orang ramai ke masjid sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) darurat, lapor laman berita Suara.com semalam.


Dalam satu video ceramahnya, UAS mempersoalkan peraturan tersebut yang didakwanya menjadikan masjid sebagai ‘kambing hitam’ ketika tempoh darurat dari 3 hingga 20 Julai ini.


Menurutnya, dia kecewa kerana masjid dilarang dibuka sedangkan lokasi lain seperti pusat beli-belah dibenarkan beroperasi.




Kredit foto: MakassarTerkini.id




“Melarang orang ke masjid, tapi pasar raya boleh pula dibuka. Di mana letaknya hati kecilmu?” soalnya.


Tambah UAS, berkumpul di masjid tidak terlalu bahaya kerana kebiasaannya orang mengambil masa selama lima hingga 10 minit untuk beribadat.


“Berbeza dengan di pasar raya, di mana orang akan berada di situ sehingga lima jam.


“Selama masa itu, orang duduk beramai-ramai, ketawa dan penyakit akan menular. Tapi, masjid juga yang disalahkan,” tegasnya.


Selain itu, beliau turut mengingatkan umat Islam agar tetap beribadah dan mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan.




Sumber: Kosmo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rs kan, asbab covid ni salah satunya nk tnjuk kebodohan lobai2 pd manusia… terserlah semuanya dgan lobai pas tak berguna, lobai sabah yg bg derma tp bodoh matematik ya hamats, bodoh agama pun iya, adoii…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.183750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list