CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 0

MV lagu DNA BTS cecah 1.3 bilion tontonan

[Copy link]
Post time 4-7-2021 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MV lagu DNA BTS cecah 1.3 bilion tontonan


Seoul: Kumpulan popular Korea Selatan, BTS mencipta satu lagi rekod baharu di YouTube apabila video muzik lagu DNA berjaya mencapai 1.3 bilion tontonan.

DNA yang dilancarkan pada September 2017 di laman YouTube itu terus mencipta kejayaan demi kejayaan baharu buat kumpulan yang dianggotai oleh tujuh anak muda.  

Menurut agensi Big Hit Entertainment, video muzik DNA hanya mengambil masa selama lima bulan untuk meraih 100 juta tontonan selepas memecah rekod 1.2 bilion pada Februari lalu.

DNA adalah lagu utama kumpulan itu menerusi album EP Love Yourself: Her serta lagu pertama dari Korea Selatan yang turut memasuki carta utama Billboard's Hot 100 dan Bill 200.

Tidak hanya itu, video muzik BTS berjudul Fire melakar sejarah apabila berjaya meraih 700 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada Mei 2016.

BTS kini memiliki 33 video muzik yang sudah melepasi 100 juta tontonan di YouTube.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.040265 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list