Seorang lelaki berumur 40an maut selepas terkena renjatan elektrik yang berlaku di Jalan Ridan di Skim Melugu Sri Aman Petang tadi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menyatakan kejadian berlaku pada puku 5.20 petang dengan tujuh anggota dari balai Bomba Sri Aman terus ke lokasi.
Setibanya pasukan Bomba di lokasi didapati 2 orang mangsa terlantar di atas tanah di tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sementara menunggu pihak Sesco tiba, pasukan Bomba bertindak mengalihkan kabel elektrik yang berdekatan dengan mangsa menggunakan sebatang kayu.
Manakala mangsa wanita dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan kemudian sedar dalam keadaan lemah telah dibawa ke hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.
Manakala mangsa lelaki telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.