CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 0

[Sarawak] Tak sampai 24jam , peragut dah diberkas

[Copy link]
Post time 3-7-2021 07:20 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan serbuan melakukan siasatan di rumah tempat suspek ditangkap.


KUCHING: Seorang lelaki diberkas apabila disyaki meragut rantai leher seorang wanita di Taman Matang Bersinar, di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berada di luar rumahnya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal sekitar jam 10.45 pagi.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut suspek bertindak meragut rantai leher mangsa yang dianggarkan bernilai RM3,500.

"Bertindak kepada laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan dan unit D9 IPK Sarawak telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Malihah sekitar jam 5.50 petang.

"Hasil serbuan telah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan semasa disoal, dia mengaku bersama seorang rakan (lelaki) meragut rantai emas milik mangsa," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya juga, seorang wanita berusia 33 tahun yang turut berada di dalam rumah tersebut semasa serbuan dibuat juga ditahan untuk membantu siasatan.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah seutas rantai dipercayai milik mangsa, topi keledar dan sebuah motosikal yang digunakan suspek semasa meragut mangsa.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Sentosa untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

"Polis kini sedang berusaha menjejaki seorang lagi suspek iaitu rakan sejenayah yang sama melakukan kejadian ragut tersebut," katanya.

Jeremy Lanson
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061018 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list