View: 7102|Reply: 33
|
"Tak Perlu Sembah Saya" - Sheila Rusly
[Copy link]
|
|
Akur bahawa industri kreatif, khususnya dunia lakonan memerlukan wajah baharu sebagai pelapis kepada pelakon sedia ada, penerbit popular Sheila Rusly bagaimanapun menitipkan pesan agar golongan terbabit peka tentang ilmu dan persediaan dan berusaha mendapat kepercayaan orang dengan bakat, bukannya secara membeli jiwa dengan pelbagai pemberian.
Ujar penerbit berusia 50 tahun itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan para pelakon terutama wajah baharu bagi melancarkan penggambaran.
Kredit foto: IG Sheila
“Nasihat saya kepada yang mahu jadi anak seni, carilah ilmu supaya tidak menyusahkan ramai orang di set lokasi dan pelakon lain.
“Jangan susahkan orang lain hanya kerana rasa diri sudah popular dan ramai pengikut dalam media sosial. Syukur setakat ini tiada lagi pelakon yang berlagak diva bila masuk set penggambaran drama saya,” ujar pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.
Isteri kepada pengarah Jinggo atau Azman Yahya itu juga mahu kelompok pelakon baharu berusaha untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah dan penerbit sebaik mungkin.
Pesannya lagi, barisan bakat baharu juga tidak seharusnya mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh produksi, stesen televisyen dan penonton.
“Tak perlu sembah saya belikan makanan minuman, cuma buat persediaan sahaja. Persediaan yang saya tuntut itu berbayar.
“Tunjukkan usaha untuk berikan yang terbaik. Jangan janji macam-macam kepada stesen. Ini amanah untuk buat yang terbaik dan hargai usaha serta masa penonton yang tahan kencing nak tonton drama lakonan anda,” katanya.
Tutur Sheila, dia tidak pernah memandang sebelah mata mana-mana individu yang ingin membina tapak sebagai pelakon sementelah industri juga ketandusan wajah-wajah segar untuk membintangi karya tempatan.
“Saya memang mengalu-alukan bakat-bakat baharu yang mempunyai minat dalam bidang lakonan memandangkan industri memang ketandusan pelakon.
“Takkanlah nak tayang muka sama sahaja sehingga zaman sekarang seperti hero-hero zaman saya dulu seperti Azhar Sulaiman, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Eizlan Yusof,” kata pemilik rumah produksi JS Pictures itu dalam sidang akhbar virtual drama terbitannya, Ratu Ten Pin baru-baru ini.
K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Muda sis shila ketuk2 dari queen ella.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cyst ni kalau x mekap, nmpak sungguh dah kertunya, nak2 tang mata |
|
|
|
|
|
|
|
iols dulu teringin nak belakon dengan danish aka tok syam taoi sedar diri rupa takde dan kuat propa, iols simpan sajork angan2 tahek ciken iteww |
|
|
|
|
|
|
|
sory muka heshe terlalu bajet bagus dan muka camni paling sesuai jadi pengembala harimau je.. muka terlampau ketat, perengus, kelat, bengis, pahit macam cyst ini sesuai marah orang 24 jam je sejenis muka takda kehidupan.. pakai la telekong 10 lapis pun tetap nur pun takut nak datang sebab muka dia lah terpaling bengis tengok orang dengan pandangan jijik perengus umpama dalam dunia ini semua perlu akur dengan dia dengan jinggo kelat.. dedua pun muka berangan maksum tapi rupanya sangkak berkiblatkan socmed jah ujung2 bergaduh dengan #nyawacyst.. tak sedar diri dah bau tanah |
|
|
|
|
|
|
|
Ewww...poyonyer ayat ‘x perlu sembah’ tu...indirectly nak highlight dia org besar dlm industri yg org terhegeh2 buat baik kat dia..xleh blahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sis pun dah 50....yg Che ta masih lagi 48... |
|
|
|
|
|
|
|
Sis pun sila la low down jugak. Jangan nak mendabik je.. |
|
|
|
|
|
|
|
tah2 org bg just for d sake if giving.. Kang org x layan kamu..kamu jugak yg bising..x kenang budi la ape la…apo pon x blehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
diam la nenek. ko dah berpuluh tahun berlakon pon hauk jadi opah tua pon hoverr jah tak yah nak bising la suruh pelakon buat homework la kena sembah la bagai? ko tu buat ke tak homework? apesal tiap kali berlakon tetap la overr jah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis yg suka jengil biji mata
. X berminat |
|
|
|
|
|
|
|
Eeuuwweewwwwwwww
Perasan sgtttt |
|
|
|
|
|
|
|
Sape jela nk mengampu ambik hati dia tu, perasan sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Die ni kalu cter laki bini mmg terpaling sokmo.. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai sudah xphm apa hensemnya anak dia tu. mayb duitnyakah yg hensem |
|
|
|
|
|
|
|
Drama2 produksi kau pun besha2 je |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 2-7-2021 03:44 PM
Muda sis shila ketuk2 dari queen ella.
Dulu acik ni dpt watak ella filem bayangan maut, last2 kena tukar dgn ella.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|