Foto:
Status ahli parlimen Muar, Syed Saddiq yang memuat naik gambar bersembunyi di sebalik sepapan telur telah mengundang kemarahan anak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali iaitu Basheer Azmin.
Ianya rentetan Saddiq yang kononnya terpaksa menarik balik kenyataannya pada tahun 2017 iaitu bersetuju bahawa bakal Perdana Menteri Malaysia adalah Azmin Ali.
Basheer menganggap itu satu penghinaan kepada ayahnya lalu mengkritik Saddiq yang sengaja mencipta publisiti murahan.
Foto: Twitter
Foto: IG
Berikutan itu, netizen mula menjawab komen tersebut dengan jawapan penuh humor atau pun sarkastik kerana siapa yang mencipta publisiti murahan sebenarnya?
Foto: Twitter
Foto: IG
Ada pula yang meminta agar keluarga para menteri tidak menggunakan sosial media kerana ia lebih menonjolkan kebodohan berbanding kebaikan. Apa pula pendapat anda? - CARI
|