View: 2895|Reply: 11
|
Bajet Lari, Pengantin Paksa Tetamu Cuci Pinggan Sendiri
[Copy link]
|
|
Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi saat menggembirakan buat semua yang terlibat, tetapi kadang-kadang ia tidak berjalan seperti yang dirancang terutama disebabkan bajet.
Seorang pengguna laman sosial Reddit berkongi pengalaman apabila dia dijemput untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di lokasi yang mewah dan cantik.
Dia kemudian menyedari tuan rumah terpaksa mengikat bajet bagi menjimatkan kos.
Gambar hiasan
Wanita itu terkejut apabila mendapati dia dan sembilan tetamu lain ditugaskan untuk mencuci kesemua pinggan kotor selepas pasangan pengantin gagal mengupah pekerja untuk melakukan tugas itu.
"engantin lelaki dan pengantin perempuan banyak menggunakan wang mereka untuk lokasi majlis dan gaun pengantin, jadi mereka memutuskan untuk cari tukang cuci sendiri," katanya, dipetik dari Mirror.
Keadaan bertambah buruk apabila pasangan berkenaan juga gagal menyediakan makanan yang mencukupi untuk kesemua tetamu.
Bagaimanapun, pasangan pengantin itu dikatakan berpisah tiga tahun kemudian.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak mampu tak perlu buat jamuan dan menyusahkan tetamu |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dari Reddit biasanya dari US, susah nak jumpa dari Asia, terutama Malaysia
So...kisah di atas berkemungkinan bukan cerita Malaysia. Kalau cerita sini, dah kecoh dekat FB IG Twitter dan kena cerca 7 hari 7 malam.
Duit habis dekat lokasi dan gaun pengantin.
Makanan pun tak cukup.
Ni jenis yang nak wedding dream sangat, tempat mesti mewah, gaun mesti gah, sampai tak peduli tetamu jemputan
|
|
|
|
|
|
|
|
Spesies lupa nk ukur baju di badan sendiri nie..hmm bikin malu aje..org nk wat kenduri ko nk buat juga..berpada2 la ngn bajet..ending lak sad juga bercerai berai..ntah la Dunia..dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia pun ada mcm ni.
Baju berhelai-helai.
Kek bertingkat-tingkat.
Dewan gah, hiasan meletops!
Tetamu ramai tapi makanan, 3 jam lepas majlis bermula, makanan dah habis.
Makpak mengantin sibuk melayan tetamu VIP. Bila diberitahu, "ala ampa pepandai la fikir".
Eh, majlis kami meh?
Maka, sepupu haprak ni juga la muafakat panggil sepupu sporting lain chip-n duit, pergi mamak, bungkus besar-besaran. Borong kuih akak tepi jalan, mai hidang.
Sampai sekarang tunggu 'terima kasih', tak pernah sampai...
Cerita 5 tahun lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
AznieBunnie replied at 7-7-2021 12:21 PM
Kat Malaysia pun ada mcm ni.
Baju berhelai-helai.
Kek bertingkat-tingkat.
Hanat nye
R they lived happily ever after x
Hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...
entah, tengok macam tu je.
anak dah 2. dlm fb gambo lovey-dovey.
bahagia lah kot... amin
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah pasangan pengantin ni sejenis cheapskate |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo, dah ajak orang datang wedding tu, hormat la sikit. Tak pasal kena kutuk dah wedding sebab susahkan tetamu gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|