CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 28/06/2021

[Copy link]
Post time 28-6-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode
52 kompaun dikeluarkan kerana langgar SOP
MASIDI


KOTA KINABALU: Sebanyak 52 kompaun melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 25 orang dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

"Lima dikompaun kerana membawa penumpang berlebihan, tiga orang gagal mendaftar masuk premis dan 13 orang tidak patuhi arahan PKP.

"Lima orang pula tidak patuhi arahan penjarakan sosial dan seorang dikompaun berdasarkan lain-lain kesalahan tidak tersenarai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Pada hari ini katanya, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan 68 kes iaitu daripada 190 kes semalam (27 Jun 2021) kepada 258 kes (28 Jun 2021).

Katanya, daripada 258 kes jangkitan baharu hari ini, 93 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 99 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 36 kes daripada saringan bersasar dan 14 kes adalah daripada lain-lain kes.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Linukaan, Kota Marudu serta tiga lokaliti di Kudat iaitu, kampung Timbagan, Matunggong, Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2.

"PKPD juga dilaksanakan di Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau. Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau dan Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

"Semua PKPD berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan," katanya.





utusan borneo 2021-06-28T20:06:19+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2021 08:29 PM | Show all posts
Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan Hingga 14 Julai



KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok dilanjutkan selama 14 hari sehingga 14 Julai.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Hazani berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.


28/06/2021 - by Sabah Post
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 10:45 PM | Show all posts
Kluster Tembok Kota Kinabalu Paling Aktif Di Sabah


KOTA KINABALU: Kluster Tembok Kota Kinabalu yang membabitkan jangkitan Covid-19 di Penjara Kepayan, di sini, mencatat 27 lagi kes baharu, menjadikannya kluster paling aktif di Sabah, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Kuarters Bata Durok yang dilaporkan di Keningau semalam, turut mencatat kes baharu yang tinggi hari ini, iaitu sebanyak 23 kes.





“Empat lagi kluster aktif di Sabah hari ini ialah Kluster Serudung Baru (15 kes), Kluster Paris Tiga (11 kes), Kluster Kebayau (enam kes) dan Kluster Brumas Camp (lima kes). Tiada kluster baharu direkodkan hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Masidi berkata, tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Kudat dan Keningau mencatat peningkatan kes positif Covid-19 tertinggi dengan jumlah kes baharu di ketiga-tiga daerah itu mewakili separuh daripada 258 kes yang dilaporkan di Sabah, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, Kota Kinabalu mencatat kes baharu terbanyak dengan 71 kes, diikuti Kudat (36 kes) dan Keningau sebanyak 23 kes menjadikan jumlahnya sebanyak 130 kes.

Katanya, peningkatan kes di Kota Kinabalu kebanyakannya disumbangkan melalui saringan kluster sedia ada dengan kes paling banyak menerusi Kluster Tembok Kota Kinabalu iaitu sebanyak 27 kes, diikuti Kluster Samudera (dua kes) dan Kluster Jalan Bundusan (satu kes).
“Turut menyumbang kepada peningkatan kes di Kota Kinabalu hari ini ialah 18 kes yang berpunca daripada saringan bersasar, saringan kontak rapat (12 kes) dan 11 kes menerusi berpunca pelbagai saringan.

“Bagi daerah Kudat pula, daripada 36 kes hari ini, sebanyak 19 kes berpunca daripada saringan kontak rapat, diikuti saringan bersasar (16 kes dan satu kes dikesan melalui saringan bergejala.
“Di Keningau pula, 23 kes yang direkodkan di daerah itu hari ini semuanya berpunca daripada saringan Kluster Kuarters Bata Durok, iaitu kluster berpunca dari sebuah kilang batu bata yang dilaporkan, semalam,” katanya.
Semalam, Kota Kinabalu mencatat 38 kes, manakala Kudat dan Keningau masing-masing 34 dan 11 kes.
Selain tiga daerah itu, Tawau turut mencatat kes yang tinggi hari ini dengan sebanyak 42 kes, meningkat sebanyak 31 kes berbanding hanya 11 kes, semalam.
Hari ini juga menyaksikan daerah Tenom yang berada dalam zon hijau sejak beberapa hari lalu kembali ke zon kuning selepas mencatat satu kes baharu.
Ia menjadikan Beluran satu-satunya kekal sebagai daerah hijau, manakala 17 daerah berada dalam zon merah dan dua daerah dalam zon jingga, manakala tujuh daerah dalam zon kuning.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070977 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list