CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2073|Reply: 4

[Sarawak] Siasat segera punca kematian di PPV - Senator

[Copy link]
Post time 28-6-2021 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-6-2021 12:30 PM

Siasat segera punca kematian di PPV - Senator
Ling (kanan) bercakap dengan anak mendiang.


MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa menyiasat dengan segera punca kematian seorang wanita di pusat pemberian vaksin (PPV) Dato Lee Teck Fook, Riam di sini, Sabtu lalu.


Senator Alan Ling berkata, mendiang Choo Fui Khian, 56, menerima suntikan pertama vaksin di PPV berkenaan pada jam 9.30 pagi, hari yang sama.
Ling berkata, sehubungan itu anak perempuan mendiang telah membuat satu laporan di Balai Polis Pusat Miri.
“Menurut kenyataan anak kepada polis, Choo disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di dewan tersebut ketika selesai mengambil vaksin.

“Saya difahamkan bedah siasat sudah dilakukan semalam dan upara pengebumian mendiang akan dilakukan pada Rabu. Saya berharap agar pihak berkuasa mempercepat keputusan bedah siasat dan telus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ling merangkap Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) menambah, beliau turut mengemukakan surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menyiasat punca kematian itu dengan segera.
Tambahnya, ia penting memandangkan perkara itu menjadi kerisauan kepada orang ramai.
Katanya, keluarga tersebut berhak untuk mengetahui punca sebenar kematian mendiang.







utusan borneo 2021-06-28T18:21:19+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ajal..vaksin selamat laaa..jangan nak takut2 kan orang awam.nanti kertas siasatan akan dibuka,sapa nak jawab?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 08:34 PM | Show all posts
Belibis replied at 28-6-2021 12:26 PM
Dah ajal..vaksin selamat laaa..jangan nak takut2 kan orang awam.nanti kertas siasatan akan dibuka,sa ...

mcm kes tempoh hari

Lelaki maut akibat serangan jantung bukan kerana durian, vaksin



Kuala Lumpur: Kematian seorang lelaki yang didakwa meninggal dunia kerana makan durian selepas suntikan vaksin terungkai apabila punca kematiannya disahkan akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat memaklumkan ada satu kes kematian dilaporkan di sebuah restoran di Jalan 3/36 Taman Sri Bintang, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

"Lelaki berkenaan datang ke restoran terbabit untuk membungkus makanan dan minuman jam 3.30 petang.

"Semasa menunggu makanan yang dipesannya, lelaki itu tiba-tiba terjatuh dari kerusi tempat duduknya dan tidak sedarkan diri.

"Pemilik restoran berkenaan menghubungi pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan HKL," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Eng Lai berkata, pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian mendapati lelaki berusia 49 tahun berkenaan tidak mengalami kecederaan fizikal pada luaran badannya.

"Malah, siasatan dilakukan juga mendapati tiada tanda-tanda dikaitkan dengan unsur jenayah. Hasil bedah siasat dilakukan terhadap lelaki berkenaan mendapati punca kematian adalah 'ischemic heart disease' (serangan jantung) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Terdahulu, satu hantaran mendakwa seorang lelaki meninggal dunia di sebuah restoran kerana makan durian selepas menerima vaksin, tular di media sosial, hari ini.



harian metro
Jun 22, 2021 @ 8:32pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 11:13 PM | Show all posts
pa kes sebenar nya deng...

baru tau lepas baca  thread dirik tuk...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2021 12:06 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-6-2021 03:13 PM
pa kes sebenar nya deng...

baru tau lepas baca  thread dirik tuk...

masih siasat nar
dah ajal juak kali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.790040 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list