CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12641|Reply: 85

[Tempatan] Wanita hubungi NGO minta bantuan. Rupanya di rumah dah bertimbun stok barang ban

[Copy link]
Post time 28-6-2021 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Himpun barang bantuan sampai ‘membukit’

    Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
    28 Jun 2021, 12:10 pm



PETALING JAYA – Sekeping gambar memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga ‘membukit’ tular di pelbagai platform media sosial sejak semalam.

Pemilik akaun Facebook bernama Mohammad Fairuz yang memuat naik hantaran tersebut berkata, seorang wanita menghubunginya untuk meminta bantuan makanan namun terkejut apabila mendapati stok barangan bantuan yang agak banyak tersimpan dalam sebuah bilik di rumah individu tersebut.

“Apa la kakak ini. Telefon perlukan bantuan. Sekali selak (langsir) bilik ada 11 kampit beras 10 kilogram. Tak cukup ke makan untuk suami isteri dan dua anak,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut.

Mohammad Fairuz, 39, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia aktif mengedarkan barang keperluan harian kepada golongan memerlukan sejak 2013 dan lokasi penerima tersebut di kawasan Flat Taming Kajang, Selangor.

“Ramai orang hendak tahu mengenai kakak tersebut. Biarlah dia dengan Allah. Saya meluahkan rasa hati saja. Tiada niat hendak malukan dia. Kalau kita sayang dan jaga aib saudara kita Insya-Allah, Allah akan jaga aib dan sayang kita.

“Bukan semua bantuan akan di proses dalam seminit. Kami akan teliti baru kami gerak. Jadi harap faham. Insya-Allah lepas siasat kami akan cuba membantu semampu mungkin,” katanya.

Sejak dikongsi semalam, hantaran itu mendapat ribuan komen dan dikongsi lebih 6,400 kali dengan kebanyakan netizen menyifatkan sikap penerima tersebut sebagai mementingkan diri sendiri.

“Sebagai orang yang terlibat dalam agihan bakul makanan, kita mahu bagi bagi golongan sasar. Kalau sudah dapat bantuan guna dulu sampai habis. Jangan ambil kiri dan kanan. Sedih sungguh begini. Kasihan mereka yang betul-betul susah,” komen Syed Muaz Syed Putra.

“Sudah boleh buka kedai runcit online,” gurau seorang netizen bernama Kejora Nan Biru.

“Manusia tamak. Memang tidak pernah cukup. Biarpun engkau beri isi perut bumi ini pada dia,” sindir Asta Black Clover. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je cmni
Pastu satu lagi taktik nk dpt umah
Acah kesian dok bangsal la umah bot lah
Pastu dpt la umah free sebijik
Umur muda2 lagi
Sedap je
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 02:57 PM | Show all posts
Mmg bagus siasat dulu sblm menderma….biar la org kata xde empati la fikir yg baik2 la…yg menunggang skrg ni ramai…apa2 derma patut dulukan family sndr…
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu iols setuju bila syed azmi share gamba dan details yang mintak derma untuk elak benda2 camni la..rakyat malaysia ni bagus, dia husnuzoooonnn je walau kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:03 PM | Show all posts
simpan beras byk2 tu nak buat apa?
bukan boleh kenduri pun
silap2 beras ada kutu beras
lgsg tak boleh masak makan
bodooooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aktivitis yg mampu berhusnuzon dan cekal membantu sgtttttt hbattttt...especially jumpa kes mcm ni...
Kalu aku ....xmampu...sure kna tembak punya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau ikut lobai, jgn ditanya ke mana duit ka derma ka yg kita bagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 03:05 PM | Show all posts
tu sebab ada NGO siasat dulu apa2 kes viral
tapi ada jugak NGO main terjah je bab bagi sumbangan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 03:07 PM | Show all posts
Duh, teganya ya. Ndak benar udah ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan kes satu dalam sejuta ni. Rasanya satu dalam 1000. Ramai yang buat perangai. Tapi kes akak ni agak melampau kalau sampai 11 kampit beras 10kg!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 03:29 PM | Show all posts
kalau ikut sukatan caterer
10kg boleh makan 100 orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak simpan buat apa beras banyak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada saka gajah gamaknya keluarga ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Stok i makan setahun pun xbyk cmni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 28-6-2021 02:41 PM
Ramai je cmni
Pastu satu lagi taktik nk dpt umah
Acah kesian dok bangsal la umah bot lah

Salah sorsng kenalan aku mmg kena halau dr rumah ..dn duk bangsal tepi kebun..allhamdulilah kes dia legit ..kjp je dpt bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bukak kedai runcit ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 03:49 PM | Show all posts
Edited by She-Ra at 28-6-2021 03:51 PM

sebab tu ada yg  pasang mata2 di setiap tempat
kita akan hantar sukarelawan berhampiran utk tlg siasat
bukanla tak percaya cuma kita lebih berhati2 supaya bantuan tu sampai kepada yg lebih memerlukan
dan kebiasaanya mmg kita akan mintak details pemohon sumbangan berkenaan
kalau dia bg jawapan pun mengambil masa lama.. ada la tuuu.. kona baring

lain la kalau food bank, tp inipun biasanya yg dh dilantik
takde main sukasuki bg pd sesiapa simpan di mana2...


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Selfish gila..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 04:12 PM | Show all posts
over giler ko kak! tamaknya nauzubillah. selfih giler nak mati. di kala org lain memerlukan gak benda2 tu!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnye kakak ni.... buruk tingkah laku tamakk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.082353 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list