View: 1962|Reply: 16
|
Euro 2020 : Kenapa Hungary benarkan Arena Puskas kapasiti penuh di musim pandemi
[Copy link]
|
|
Musim demam kejohanan Euro 2020 ini, jika anda menyaksikan perlawanan di antara Hungary dan Portugal pada 16 jun lalu dan aksi Belanda dan Republik Czech hari ini pasti akan terkejut dengan kapasiti penyokong penuh di stadium.
Agaknya kenapa sampai penuh? Jawapannya adalah kerana Arena Puskas yang terletak di Budapest dibenarkan menerima kapasiti hampir penuh iaitu 67,000 penonton dengan kehadiran penonton kebanyakkannya dari negara tuan rumah Hungary sendiri.
Ini menjadikan perbezaan hampir 3 kali ganda berbanding hanya 18,497 penyokong dibenarkan masuk ke Stadium Wembley ketika England berhadapan Croatia sebelum ini.
Berikut adalah jumlah penonton yang dibenarkan oleh UEFA di setiap venue Euro 2020 berdasarkan peraturan berkaitan Covid-19:
1- Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Netherlands (12,000)
2- Olympic Stadium, Baku, Azerbaijan (34,000)
3- Arena Nationala, Bucharest, Romania (13,000)
4- Puskas Arena, Budapest, Hungary (67,000)
5- Parken Stadium, Copenhagen, Denmark (12,000)
6- Hampden Park, Glasgow, Scotland (13,000)
7- Allianz Arena, Munich, Germany (14,500)
8- Wembley Stadium, London, England (22,500)
9- Stadio Olimpico, Rome, Italy (17,500)
10- La Cartuja, Seville, Spain (13,165)
11- Krestovsky Stadium, Saint Petersburg, Russia (34,000)
Perdana Menteri, Viktor Orban dari Parti Fidesz merupakan peminat tegar bola sepak telah mengubal undang-undang sehingga membenarkan stadium diisi penuh ketika pandemik COVID-19. Bukan lagi rahsia, Orban juga telah melabur dengan banyak di dalam bola sepak Hungary sejak sedekad yang lalu.
Tetapi bagaimana Arena Puskas dengan mudah dibenarkan beroperasi dengan kehadiran hampir 100% kapasiti?
Konfederasi Bola Sepak Hungary berkata kejayaan membenarkan Arena Puskas beroperasi dengan kapasiti maksimum adalah kerana program vaksinasi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memberikan komitmen mahu “ memberikan pengalaman sekali seumur hidup " untuk penyokong bola sepak di Hungary menikmati Euro 2020 di halaman sendiri.
“ Pemerintah tahu Euro akan datang ke sini sekali dan mungkin tidak akan ada di sini selama bertahun-tahun selepas ini. Jadi ini adalah peluang bagi mereka untuk menunjukkan dan mengekspresikan diri mereka, " kata sumber dalaman negara tersebut kepada Athletic.
Lalu kerajaan memutuskan bahawa, vaksin yang akan datang kepada peminat bola sepak bukannya peminat yang menunggu vaksin.
Tindakan Hungary ini memang agak menarik untuk dunia sukan. Kerana mereka melihat industri sukan sebagai sumber kepada ekonomi mereka pada masa yang sukar ini. Setiap negara bergelut untuk mencari sumber pendapatan tambahan.
Hungary melihat Euro adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Dengan penjualan tiket yang banyak, ia juga membantu menggerakkan ekonomi di negara mereka menerusi acara besar ini.
Adakah ini bermakna Perdana Menteri dan kerajaannya telah mengabaikan soal keselamatan rakyat mereka?
Jawapannya tidak. Kerajaan Hungary sudah lama menyediakan peraturan untuk membenarkan rakyat dan penyokong bola sepak dari negara tersebut menyaksikan bola sepak di dalam stadium, khususnya perlawanan Euro 2020.
Penyokong yang berdaftar sebagai pemegang tiket Euro pasti akan diberikan vaksin serta merta menerusi peruntukan vaksin khas kepada sektor sukan.
Untuk rekod sehingga kini, Hungary telah merekodkan 808,102 kes Covid-19, melibatkan 29,980 kematian. Ini menunjukkan Hungary juga tidak pernah lari dari kemelut yang disebabkan Covid-19.
Namun Hungary telah melaksanakan "total lockdown" yang ketat pada Mac lalu dan mempercepatkan pemberian vaksin dan Hungary adalah negara pertama di Kesatuan Eropah (EU) yang menggunakan vaksin COVID-19 dihasilkan Sinopharm China dan Sputnik V Russia.
Negara itu dilanda gelombang ketiga COVID-19 pada Mac, apabila 11,265 kes harian dilaporkan setiap hari. Namun, hanya kurang tiga bulan, jumlah kes menurun amat ketara. 500 kes harian dilaporkan sejak pertengahan May lalu dan ia semakin menurun sehingga 68 kes pada 24 Jun lalu.
"Goodbye masks" - Hungary to lift most COVID-19 curbs, PM Orban says. Kredit - TheStar
Viktor Orban mengumumkan sebahagian besar sekatan COVID-19 ditarik balik pada 21 Mei, termasuk memakai pelitup muka di tempat awam. Berdasarkan artikel CGTN, hampir 70% penduduk Hungary telah menerima vaksin (sekurang-kurangnya satu dos).
Kini, Hungary yang dihuni 9.8 juta orang mampu menarik nafas lega sekaligus dapat beransur-ansur meninggalkan amalan norma baharu dan kembali kepada kehidupan pasca pandemik COVID-19. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so 67k tu semua dah vaksin? hebat
Negara itu dilanda gelombang ketiga COVID-19 pada Mac, apabila 11,265 kes harian dilaporkan setiap hari. Namun, hanya kurang tiga bulan, jumlah kes menurun amat ketara. 500 kes harian dilaporkan sejak pertengahan May lalu dan ia semakin menurun sehingga 68 kes pada 24 Jun lalu.
serius la? |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians: so 67k tu semua dah vaksin? hebatserius la?
Daripada 9.8j, vaksin dah 70%, 67k tu confirmlah dah. Hebat klu mcm tu, efisien betul covid management dieorg.
Mlysia ni bila lagi?? Menteri & antivak sama tak cerdik. Dok keluar alasan memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse: Daripada 9.8j, vaksin dah 70%, 67k tu confirmlah dah. Hebat klu mcm tu, efisien betul covid management dieorg. Mlysia ni bila lagi?? Menteri & antiv ...
antivak menceriakan hidupku. hari2 pos kondem pasai covid agenda politik. skali kna daftar jgk sbb nk travel punya pasai haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok je la dlm 14hr ni klau xde rekod br mknanya exp diorg brjaya |
|
|
|
|
|
|
|
takpe. kita tengok apa jadik lepas ni. kalau takde pape, memang hebat laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mac lepas sehari kes harian cecah 11k , now dh 100++ ja. Sbb buat total lockdown n pemberian vaccine. Euro 2020 ni deyols tak amalkan SOP , bergantung pd vaccine semata. Menarik , nk tgk situasi covid Hungary selepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
hungary amek semua jenis vaksin..mungkin sebab tu dorang cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Italy yg kena kutuk oleh forummer (dan dibangkitkan anuar musa) pun dah benarkan penonton |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza: Tengok je la dlm 14hr ni klau xde rekod br mknanya exp diorg brjaya
Kan.. Vaksin kan katanya bukan 100% boleh halang dari kena pun. Bersesak macam tu risau je tengok. Ossi yg konon dah ok pun lockdown balik |
|
|
|
|
|
|
|
abahcow tak minat bola.kalau jibby ada gak pos pasal menyu |
|
|
|
|
|
|
|
bila la nak dapat layan bola kat stadium macam ni lagi. rindunya nak sorak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Satu europe kena Delta. Jap jer lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ke diaorg makan ubat cacing?
|
|
|
|
|
|
|
|
Delta beta duk perati je besar kecik besar kecik nmpk |
|
|
|
|
|
|
|
wau... tapi takdak jaminan jugak kan? sbb ada kes kat US , bervaksin pun kena jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|