View: 6693|Reply: 65
|
Lelaki cerita pengalaman mati, dibawa ke alam lain dan hidup semula
[Copy link]
|
|
Drummond bertekad untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarganya selepas dia mengalami kejadian mati hidup semula. - Prioritize Your Life/Daily Star
LONDON – Seorang lelaki mendakwa pernah melalui pengalaman mati hidup semula yang membawanya mengembara ke satu alam lain sebelum rohnya kembali memasuki jasadnya, lapor akhbar Daily Star semalam.
Scott Drummond, 60, melalui pengalaman itu ketika dia berusia 28 tahun apabila dia diisytiharkan mati selama 20 minit ketika menjalani satu pembedahan.
Dia dibedah akibat satu kemalangan ski.
Menurut Drummond, ketika dia terbaring tidak sedarkan diri di atas katil pembedahan, secara tiba-tiba dia dapat melihat seorang jururawat berlari dari dewan bedah itu sambil menjerit, “Saya telah membunuhnya!”
“Pada waktu yang sama, saya seolah-olah sedang berdiri melihat jasad saya sendiri yang sedang terbaring di dalam dewan bedah itu serta dapat melihat setiap jahitan yang dikenakan ke atas ibu jari saya,” ujarnya.
Drummond berkata, dia kemudiannya berasa seperti dibawa ke sebuah padang dipenuhi dengan bunga-bunga yang cantik serta rumput yang tinggi sambil ditemani oleh satu lembaga tanpa wajah.
“Saya juga dapat melihat pokok-pokok yang aneh, besar dan tinggi selain pelbagai lagi jenis bunga liar yang amat cantik.
“Lembaga bersama saya tadi kemudiannya hilang dan saya ditinggalkan keseorangan di situ dengan perasaan yang mendamaikan,” ceritanya.
Tambahnya, dia seterusnya dapat melihat paparan ‘video’ yang memaparkan kehidupannya serta semua perbuatan baik dan jahat yang pernah dilakukannya sejak dari lahir hingga ke saat itu.
“Semua itu berlaku sehinggalah satu suara berkata bahawa masa saya belum tiba dan banyak lagi yang perlu saya lakukan,” katanya.
Ujar Drummond, dia kemudiannya masuk semula ke dalam badannya sebelum hidup semula selepas diisytiharkan mati selama 20 minit.
Sejak kejadian itu, dia mula menjalani kehidupannya dengan berbeza dan memberikan sepenuh perhatian kepada keluarganya. – AGENSI
Sumber : Kosmo.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
If it makes him a better person, syukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Gituhh… yg psal semua perlakuan semasa hayat di bumi ditayangkan ala2 video playback tu macam setazah iols pernah cite kehidupan di akhirat nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
kwn iols penah cite atuk dia koma berbulan2 dekat icu.. bila dah sedar dia cite sepanjang koma tu atok dia asik berjalan jer non stop tanpa arah tuju..
lagi sorg iols kenal koma jugak 3 bulan sebab xcden.. lepas bangun tu dia boleh berubat org & nampak mahkluk halus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kes hampir serupa dengan kenalan arwah ayah. Pakcik Deen (bukan nama sebenar) seorang yang biasa2 jer. Ada company besar duit pun banyak. Walaupun konsepnya "dunia aku yang punya" tapi dia tak lah teruk sangat. Satu hari dia jatuh sakit, dan diishtihar mati kat hospital. Lupa berapa lama, tapi kurang dari setengah jam.
Masa dia "mati" tu , dia ke alam lagi satu. Tak tau nak kata barzah ke tak, dia pun tak berani nak cakap, cuma tempat tu sangatlah "lain". Cuma kata dia kat situ , apa yang disampaikan oleh nabi tentang alam kubur semua ada. Dia tak mau explained dgn details sebb perkara tu sangat traumatic. So bila ajal sebenar tak sampai lagi jadi dia tiba2 sedar dari "mati" tu. Pakcik Deen pesan, tak kiralah ko baik atau ko jahat, yang penting jaga solat wajib dan banyak2 sedekah tak kira masa susah atau masa senang. Tu 2 perkara dia tekankan.
Sekarang walaupun dari segi harta dia memang kaya raya, tapi hidupnya sangat2lah sederhana. Dia tak mau simpan harta banyak2 lepas mati. So masa hidup ni lah digunakan harta2 tu sebagai bekalan hidup di alam lagi satu. |
|
|
|
|
|
|
|
bawa ke alam di balik mata ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 27-6-2021 01:20 AM
Macam kes hampir serupa dengan kenalan arwah ayah. Pakcik Deen (bukan nama sebenar) seorang yang bia ...
Allahu . teringat jugak kisah pmpn kaya raya tapi sgt dermawan. Ingat2 lupa kisah ni. Lepas tu sorg miskin yg nk diberi segala harta kalau pmpn ni mati. Ditkdirkan dia mcm termimpi ke apa tah pmpn yg mati tu diazab sbb tongkat sahaja x disedekah. Terus dia kata xnk sesen pun harta si mati. Dia rela hidup miskin mcm yg dia hidup ketika tu. Sbb tu jgn taksub sgt dgn kekayaan dan jgn rasa hina kalau miskin. Allah x pandang tu semua melainkan hati . Mcm mana taatnya kita padaNya.
ps: cite ni mgkin salah olahan. Kalau ada yg pernah dgr tolong betulkan ya |
|
|
|
|
|
|
|
haifawehbe replied at 27-6-2021 01:01 AM
kwn iols penah cite atuk dia koma berbulan2 dekat icu.. bila dah sedar dia cite sepanjang koma tu at ...
Yg berjalan non stop tu sama mcm survivor covid19 cerita dalam interview dengan hazeman huzir dlm channel youtube dia |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik.Kiah replied at 27-6-2021 12:33 AM
Di Taiping, kampung makcik ada Bukit Drummond. Di kem askar. tak jauh dari penjara dan Lake Garden m ...
Betulkan pagar ye bang
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnyaaaaa baca pengalaman orang....
Uolls citer lagi yeeee.....
|
|
|
|
|
|
|
|
ni ada kisah benar
dia bukan mati tapi bermimpi je
masa tu dia berbau amat wangi dan tiada wangi sewangi itu di dunia kata dia.
dia kata dia berada dialam syurga.
Tempat nya mcm dalam taman yg ada tasik pokok2 besar yg amat cantik.
kemudian dia nampak air terjun yang amat indah tapi jauh jaraknya seperti jauhnya Msia dan negara eropah.
hati dia teringin sangat nak kesana- tengok dengan dekat air terjun tu.
Kemudian dia terasa nak melangkah - so bila dia melangkah setapak je dia dah tiba di depan air terjun tu.
End
|
|
|
|
|
|
|
|
Lavender85 replied at 27-6-2021 08:52 AM
Allahu . teringat jugak kisah pmpn kaya raya tapi sgt dermawan. Ingat2 lupa kisah ni. Lepas tu sor ...
I xphm u..
Nape perempuan tu kene azab. Bkn ke die dermawan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik Deen pesan, tak kiralah ko baik atau ko jahat, yang penting jaga solat wajib dan banyak2 sedekah tak kira masa susah atau masa senang. Tu 2 perkara dia tekankan.
Baik atau jahat ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan mungkin kita terdidik dari kecil begitu. Nak berubah jadi baik ada yang dapat ada yang susah... tetapi apa pun keadaannya, bagaimanapun cabarannya cuba juga supaya sentiasa dapat berbuat kebaikan dalam hidup... barangkali itulah makna takdir
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. tiber. ..adoi sakit perut aku gelak
|
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 27-6-2021 12:45 PM
I xphm u..
Nape perempuan tu kene azab. Bkn ke die dermawan..
Sbb tongkat yg patut boleh bagi manfaat kat org lain dia x sedekah. Mcm tula lebih kurang. Yg ni actually kwn yg cite verbally sama ada dia dgr kat tv atau radio. Sbb tu harap sesiapa yg pernah dgr cite ni tolong betulkan apa yg salah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lavender85 replied at 27-6-2021 08:52 AM
Allahu . teringat jugak kisah pmpn kaya raya tapi sgt dermawan. Ingat2 lupa kisah ni. Lepas tu sor ...
Tak pernah dengar lagi kisah ni. Tapi ada nilai pengajaran yang bagus.
Mcm Pakcik Deen, lepas sedar dari "mati" tu , (nak kata koma pun tak, sebab doktor mmg dah sahkan dia mati , tiada nadi langsung. Nafas pun takder.) Dia kalau boleh nak beribadat 24/7 , tak mau kerja , tak mau apa2 dah. Sampai dia ni diubatkan dan dinasihatkan oleh orang alim. Pelan2 baru dia normal balik.
Kepada billionaire2 , jutawan2 , masa masih bernafas ni lah harta2 yang ada tu guna utk kebaikan , jgn simpan melainkan sedikit utk keluarga sendiri. Dan zaman sekarang ni lah harta2 tu dilabur utk saham akhirat. Macam skg zaman pkp wabak, banyak yang susah tak makan, takder kerja, takder duit. Bantulah orang2 kesusahan.
Dah mati nanti bak kata Pakcik Deen, 1 sen pun takder guna, menyesal lagi ada, dan dia sendiri dah merasa pengalaman berharga itu. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 27-6-2021 01:01 PM
Baik atau jahat ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan mungkin kita terdidik dari kecil be ...
Macam nasihat dari UEL , kita solat bukan sebab kita baik atau jahat. Tapi sebb itu tuntutan Allah pada hambanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|