CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3414|Reply: 14

"Buat Masa Ini, Saya Tidak Berani Nak Cakap Saya Sudah Pakai Tudung"

  [Copy link]
Post time 25-6-2021 03:33 PM | Show all posts |Read mode
"Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung)."


Itu kata penyanyi popular Zizi Kirana ketika ramai dalam kalangan netizen sudah mulai memperkatakan mengenai imej baharunya yang dikatakan sudah bertudung atau berhijab.


Foto: IG




Zizi, 36, ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu terlalu bercakap mengenai penampilan itu.


"Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya.


"Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap," katanya kepada Harian Metro.


  



  



Penampilan bertudung Zizi yang popular menerusi lagu Eh! itu disambut baik dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan keluarga, peminat dan rakan-rakan.


Menurut Zizi, apa yang baik daripada dirinya sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka.


  



  



"Alhamdulillah, apabila penampilan bertudung yang sekarang ini mendapat respons positif selain mereka mendoakan saya. Insya-Allah, doakan terbaik untuk saya.


"Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.


  



  



"Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat gorengkan bihun goreng Singapoh ..manjakan ..dan suap suapkan ke bibir mungil Zizi..

#dibaca ala Kurex punya tulis ke ZulRipin
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 03:58 PM | Show all posts
Elok la kalau betul2 nk berubah ke arah kebaikan.
Mcm Kilafairy jgk.
I might not like them, per se,
Tp perubahan ke arah lebih baik tu bgs la.
Keep it up. Moga istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg sebok sgt pakai tudung. Nak pakai silakan. Tak nak pakai jgn pakai. Pakai lepas tu menyanyi berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg ni jgn pakai sampai raya Haji je.. Pastu terbang balik tudung.. Harap2 zizi pakai terus lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak laaa..bukan orang lain yang nak tanggung dosa ko..dah akil baligh kannn.{:cryrun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kau nk pkai ke ko nk bertelanjang ke, takda sapa pun nk mggelabah teksssss
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
perlahan2 zizi pasangkan niat tu
tapi dia mmg lawa and suara pun meletops
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pki nanti jgn jadi cam yatt sejadah ngan bakyah... Kulu kilir dosa bagi tazkirah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:57 PM | Show all posts
Retis2 prmpuan ummah Meleis ni mcm first time nmpk tdung lol, pkai je lh, buknnya susah sngt pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga terus istiqomah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
I mcm hati hitam tak nak tutup sgn jubah bila tgk retis2 rakam waktu vaksin.. takat snap pic ke video mcm biasa dah la.. ni siap nak sesi cakap2, borak2, nyanyi2.. mcm melambatkan proses je.. sekian dari i yg tak dapat panggilan vaksin lagi hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku kalau masih giler glemer nak jadi retis better takyah pakai tudung. Rimas tengok terkinja2 tergedik2 tapi pakai tudung. Belum lagi nak matchkan pakaian yg sesuai, sebab tulah terjadinya fesyen jerut leher, turban singh, depan singkat belakang labuh, demi nak nampak stylo. Yela.. nak pakai labuh2 longgar kang nampak macam setajah pulak, tak sesuai pulak nak terkinja2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:51 AM | Show all posts
Harap boleh standby jawapan macam tu bila disoal kelak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tua bangka. nak pakai, pakai. tak nak, sudah. nexttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057049 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list