CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2456|Reply: 3

Ivan Gunawan bocor rahsia, Rossa selalu ‘taja’ Afgan

[Copy link]
Post time 25-6-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode

DARI kiri, Ivan Gunawan, Rossa dan Afgan.


Ivan Gunawan bocor rahsia, Rossa selalu ‘taja’ Afgan

JAKARTA – Keakraban hubungan antara penyanyi Datuk Seri Rossa dengan Afgan sememangnya sudah diketahui ramai baik dalam kalangan peminat mahupun rakan-rakan selebriti.

Bahkan, ramai juga yang beranggapan jika kedua-dua mereka itu mempunyai hubungan istimewa sebagai pasangan kekasih.

Menerusi sebuah rakaman podcast bersama Rossa baru-baru ini, seorang sahabat baik pasangan itu, pereka fesyen dan pengacara popular, Ivan Gunawan membocorkan rahsia bahawa selama ini, Afgan tidak pernah mengeluarkan wang belanja setia[ kali bercuti bersama Rossa.

“Kalau nak tahu, paling seronok keluar bercuti bersama Ocha (panggilan Rossa) adalah, saya tidak pernah keluarkan duit. Begitu juga dengan Afgan,” katanya.

Mendengar pendedahan tersebut, pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya ketawa dan menafikan apa yang dikatakan oleh Ivan.

“Mana ada. Itu semua fitnah. Cuma sekali-sekala sahaja (belanja Afgan),” jawab Rossa.

Enggan dilihat berbohong, Ivan menambah jika dia sendiri melihat Rossa sering mengeluarkan duit dan membayar barangan yang dibeli Afgan ketika mereka bercuti.

“Saya bercakap benar. Kami pernah pergi bercuti beberapa kali. Dia (Afgan) tidak pernah keluarkan dompetnya,” ujar Ivan.

Kelihatan tidak mampu untuk menafikan perkara tersebut, Rossa akhirnya mengiakan berkata bahawa dia hanya membayarkan dahulu barang yang ingin dibeli Afgan dan akan dibayar semula kepadanya nanti.

“Afgan akan membayar semula kepada saya nanti,” jawab Rossa. -K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 06:54 PM | Show all posts
Anak ikan kee... hi hi hi
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 12:53 AM | Show all posts
Gituuu kantoi hahahahha
Okay la janji dpt something in return
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 07:12 PM | Show all posts
Rossa nie mmg hati dia pemurah baik gile kot. sape2 datang mintak tolong kat dia, mesti dia tolong. Igun nak masuk umah baru selamba suruh Rossa taja belikan aircond tuk seluruh rumah dia tu. Rossa nuruttt je la. Igun start career as fashion designer dulu pun Rossa yg support beli baju2 show dari dia at very high price so that Igun boleh bukak proper butik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068901 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list