View: 4373|Reply: 37
|
Bahana Bela Anak Lotong
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Comel dan jinak namun tindakan memelihara anak lotong (Trachypithecus cristatus) sebagai haiwan kesayangan boleh menyebabkan si pemilik didenda RM100,000 atau penjara lima tahun.
Terbaru seorang wanita berusia 20-an ditahan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas didapati menyimpan seekor anak lotong.
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan mengejut dilakukan sepasukan tujuh anggota Perhilitan di rumah wanita itu di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang jam 1 tengah hari semalam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui seekor anak lotong yang masih hidup.
Kredit foto: Harian Metro
"Wanita itu gagal menunjukkan sebarang lesen atau permit sah dari Jabatan Perhilitan untuk menyimpan hidupan liar dilindungi itu.
"Susulan itu wanita terbabit ditahan sebelum di dibebaskan dengan seorang penjamin," katanya.
Kadir berkata, wanita itu yang disoal siasat mendakwa menemui anak lotong itu di tepi Jalan antara Maran ke Temerloh, Pahang.
"Dia mendakwa ada memohon lesen memelihara haiwan itu daripada Pejabat Perhilitan Pulau Pinang namun tidak diluluskan.
"Tindakan menyimpan haiwan liar belum matang itu boleh didakwa mengikut Seksyen 61, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun," katanya.
Sebelum ini seorang operator kilang pernah didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah menyimpan lotong cengkung, kucing batu dan musang pulut tanpa lesen.
Kadir berkata, seorang penyanyi wanita turut pernah diambil tindakan kerana menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini, pada Jun 2019.
"Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu dan turut dikenakan tindakan ikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
knp lotong kat kg aku itam2 semua x comel mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terlintas nk bela haiwan begini..kucing,ikan n arnab di rumah cukuplah |
|
|
|
|
|
|
|
masa kecik je kaler emas mcmni. da besar sikit2 kaler itam mcm kat kg ko tu. hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik betul org nak bela wild animal ni.
Org msia cam trend plak bela ular lah.
Bahaya kot,dlm agama pun larang.
Kat arab extreme lagi pi bela harimau,singa
Pilih pet animal sudahlah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak lulus lesen serahkan je pada pihak perhilitan. Gigih jugak nak bela kan dapat masaalah. |
|
|
|
|
|
|
|
camtu ke..tk atas pencerahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dh duuk dlm felda tu..bela ayam lagi bagus, bole dpt telur, daging bagai.dpt juge bantu famili |
|
|
|
|
|
|
|
Memang otak campak buang ke depa2 ni? Dak, serious question ni. Haiwan liar kn?? Dh nma haiwan LIAR mmg xleh wat pet la. Ketegaq jgk nk bela apply license. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku igt mmg ada spesis kecik2 ni..tgk kt night safari zoo negara dulu2..comel je derang mlm2..aku terpikir nk bela masa tu.punya la comel kecik je..kena saman x nk lah x sanggup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa kt pahang
Apply lesen kt penang
Mmg syarat gitu ke
Xkn phg xde perhilitan
Hutan awok kn luas
Sungguhpun makin teruk kena cabul
|
|
|
|
|
|
|
|
Daripada bela haiwan liar macamni, baik bela kucing atau anjing terbiar yg kena tangkap dengan penguatkuasa dan bakal dilupuskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bela cactus je mcm aku ni ha senang
Tgl vacation 2 minggu pun steady je |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 25-6-2021 02:18 PM
Bela cactus je mcm aku ni ha senang
Tgl vacation 2 minggu pun steady je
Balik2 vacay cactus ko boleh bercakap. Mcm cactus viral tu |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda la bela haiwan2 liar camtu..kucing banyak pi la bela |
|
|
|
|
|
|
|
sehirkedi replied at 25-6-2021 01:49 PM
Daripada bela haiwan liar macamni, baik bela kucing atau anjing terbiar yg kena tangkap dengan pengu ...
i kalau boleh nak kutip banyak2 sebab kesian tapi tak mampu.. sebelum pkp dah ada 6 ketol.. musim pkp ni jadi 9 ketol.. dah spay/neuter jadi manja pula.. tak sampai hati nak lepaskan semula kat luar.. |
|
|
|
|
|
|
|
x mendamaikan jiwa pun tengok rupa lotong ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana boleh kantoi, sebab meriak kat medsos ka? Then sila saman kaw2 sebab bangang.
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 25-6-2021 01:36 PM
Jumpa kt pahang
Apply lesen kt penang
Dan aku pun nak tanya, lepas x lulus tu perhilitan tak rampas or follow up ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang beli hantar pakai pos tu ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|