CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 879|Reply: 0

Kerana Bateri Kereta, Lelaki Dipukul Anak Tiri

[Copy link]
Post time 25-6-2021 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki bertindak memukul bapa tirinya yang menegur berhubung masalah kereta keluarganya di Pelabuhan Klang pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 52 tahun menegur suspek berusia 24 tahun mengenai masalah bateri keretanya.




Gambar hiasan




“Teguran mangsa menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memukulnya di bahagian dada dan muka menggunakan tangannya.


“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kiri, lebam dan mengalami sakit pada bahagian dada sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Susulan laporan polis dibuat mangsa, pihaknya melancarkan operasi bagi memburu suspek, yang akhirnya ditahan dalam sebuah restoran di Pandamaran, pukul 5 petang kelmarin.


Shamsul Amar berkata, pihaknya mengesyaki suspek dalam pengaruh dadah ketika kejadian kerana dia mempunyai rekod dadah lampau, empat tahun lalu.


“Bagaimanapun, ujian saringan dadah terhadapnya belum dijalankan dan kami akan dibuat secepat mungkin.


“Ini kali pertama suspek bertindak sedemikian terhadap bapa tirinya,” katanya.


Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.230174 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list