Sabah rekod 193 kes baharu COVID-19
MASIDI
KOTA KINABALU: Sabah tidak mencatatkan sebarang kluster hari ini bagaimanapun merekodkan kes baharu COVID-19 sebanyak 193 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah kudat mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 31 kes, diikuti Tawau 25 kes. "Kota Kinabalu mencatatkan 25 kes, Beaufort 20 kes, Putatan 19 kes, Kota Belud 19 kes, dan Tuaran 15 kes. "Sementara itu, Semporna 8 kes, Kota Marudu 6 kes, Papar dan Keningau masing-masing 5 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, Penampang dan Lahad Datu masing-masing catat 4 kes, sementara Kunak 3 kes serta Telupid, Sandakan turut merekodkan dua kes setiap daerah.
Katanya, daerah yang mencatatkan kes sifar ialah Beluran, Kinabatangan, Kalabakan, Tongod, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.
utusan borneo 2021-06-22T15:31:41+08:00
|