|
Tips Kurangkan ‘Over Thinking’
10 kaedah untuk kurangkan over thinking di dalam hidup dan tingkatkan prestasi diri.
1. Buat sesuatu jangan mengharapkan pujian dan perhatian manusia. Juga jangan terkesan dengan kejian orang lain kepada kita. Guna prinsip tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
2. Jangan memikirkan terlalu lama sama ada hasil kerja yang dilakukan akan berjaya atau tidak. Kebimbangan boleh menyebabkan kerja tak jalan, risau berlebihan.
3. Lupakan pengalaman pahit yang lepas. Cukup jadikan ia sebagai pengajaran di dalam hidup agar tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.
4. Jika tiba-tiba kita termenung, tiba-tiba rasa sunyi, kosong, terus bangun. Buat aktiviti baru yang dapat mengelakkan kita daripada terus melayan perkara-perkara yang bermain di dalam fikiran kita.
5. Elakkan orang-orang negatif yang akan melemahkan semangat kita, membuatkan kita stress dan menyebabkan emosi kita terganggu.
6. Tetapkan matlamat melakukan sesuatu perkara adalah untuk kebaikan diri, berlawan dengan diri sendiri. Jangan jadikan orang luar sebagai competitor.
7. Jika runsing dan mula memikirkan macam-macam perkara, terus capai sehelai kertas. Tulislah sebanyak mungkin apa yang sedang kita fikirkan pada ketika itu. Selepas itu, renung kembali apa yang kita tuliskan, itulah yang ada di fikiran kita (kaedah declutter our mind).
8. Buat jadual hidup. Rutin hidup yang sibuk akan mengurangkan aktiviti kita untuk over thinking.
8. Berhenti memberitahu kepada media sosial apa yang ingin kita capai, apa impian kita, apa target kita di dalam hidup. Cukup sekadar pasangan, diari kehidupan atau diri kita sahaja yang tahu. Jangan pukul gendang terlalu awal.
10. Bersosial, bercakap dengan seseorang, bersenam, menyanyi dan menari. Ini kaedah terbaik untuk membuatkan minda kita kembali segar. Jangan takut menghadapi masa hadapan.
Norzi Malek
Dari Therapist Untuk Therapy
Jumaat, 4 September 2020.
Sumber artikel di FB Puan Norzi Malik
|
|