View: 2250|Reply: 12
|
[Dunia]
Wanita sedia hidangan ‘sosej jenglot’
[Copy link]
|
|
Sosej tersebut didakwa kelihatan seperti jenglot selepas digoreng. – Facebook Mia Nagh Sholehah/Suara.com
Wanita sedia hidangan ‘sosej jenglot’
JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar sosej yang digorengnya yang didakwa kelihatan seperti jenglot, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Dalam satu hantaran di Facebook, Mia Nagh Sholehah berkongsi gambar sosej yang diukir olehnya menjadi bentuk manusia kerdil.
Sosej yang mempunyai kepala, wajah, tangan dan kaki itu kemudiannya digoreng sebelum rupanya bertukar menjadi aneh dan kelihatan menyeramkan.
“Selepas digoreng, sosej ini kelihatan seperti jenglot,” tulis wanita itu pada hantarannya.
Hantaran itu menjadi tular dan turut dimuat naik di laman media sosial dengan rata-rata netizen berasa lucu melihat rupa sosej tersebut.
“Saya rasa ia lebih kelihatan seperti jerangkung,” tulis seorang netizen.
Jenglot dikenali dalam kalangan masyarakat Indonesia yang sering dikaitkan dengan pelbagai perkara mistik.
Ia dikatakan berkulit gelap, bersaiz kecil, berwajah seperti tengkorak dan mempunyai taring, rambut serta kuku yang panjang. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia memang obses dengan jenglot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penting ke benda2 lagha ni sampai jadi isu? Nak pulak dari tanah leluhur |
|
|
|
|
|
|
|
Macam bengong aje. Dah kau potong bentuk orang hotdog tu memang la bila goreng rupa gitu |
|
|
|
|
|
|
|
So mudah je lah mengalahkan jenglot? Masak jadi sosej! |
|
|
|
|
|
|
|
apa la makanan buat macam ni. kalau cantik tak apa juga |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhh takde selera terus |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kau ukir supaya jd mcm tu, jadilah dia mcm tu...apa ke bodohnya |
|
|
|
|
|
|
|
Innovasi makanan jalanan mereka macam2 sampai ada peniaga sini ikut sama |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua friskies minah indon sesat tu suka la.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|