CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3287|Reply: 17

Meer Nash, Pernah digelar 'Oppa Malay'

[Copy link]
Post time 20-6-2021 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Meer mula dikenali selepas menyertai musim ketiga program realiti ICSYVMY, tahun lalu. Foto Ihsan Universal Music Malaysia


KUALA LUMPUR: Tampil dengan imej K-pop, penyanyi Meer Nash mengambil risiko menjadi mangsa kecaman netizen.

Pernah digelar 'Oppa Malay' ketika menyertai program realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY), tahun lalu, Meer atau nama sebenar, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, mempersiapkan mental berdepan persepsi peminat terhadap imejnya.

"Apabila saya membuat keputusan menjadi artis, saya sudah tahu, mesti ada yang suka dan sebaliknya.

"Pasti ada yang puji dan kecam. Saya sudah bersedia dengan perkara ini.


Meer mempertaruhkan lagu K-pop, Saranghae yang sudah dilancarkan di semua platform digital. Foto Ihsan Universal Music Malaysia


"Benar, kadang-kadang kecaman buat saya sedih. Tetapi lebih baik saya fokus kepada perkara positif," katanya kepada BH Online.

Meer berkata, keputusan untuk tampil dengan lagu berunsurkan K-Pop, Saranghae mendapat reaksi negatif sebelum single terbabit dilancarkan.

"Sebelum lagu dilancarkan, sudah ada yang memberi kecaman. Saya perlu bersedia kerana saya yang buat keputusan untuk tampil dengan genre muzik ini," katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu yang diterbitkan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia, Meer berkata, karya itu adalah percubaan pertamanya sebagai komposer dan penulis lirik.

Akuinya, pengalaman menerbitkan Saranghae cukup berharga kerana segala-gala yang dimahukan, dikongsi dalam lagu terbabit.

"Jika diikutkan, ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini, saya pernah cipta beberapa lagu.

"Namun, saya fikir karya itu masih belum cukup bagus untuk diketengahkan. Apabila mencipta Saranghae, saya suka dan anggap karya ini boleh dikomersialkan," katanya.

Tambah Meer, jolokan 'Oppa Malay' ketika menyertai ICSYVMY mendorong dia memasukkan elemen K-pop dalam single Saranghae.

"Melodi dicipta ada bunyian K-pop. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan lirik dan keseluruhan komposisi lagu.

"Mendengar melodi pertama, saya sudah tahu lirik yang sesuai. Saya cipta lagu ini seperti single awal yang dirakamkan Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita," katanya.

Meer menyasarakan lagu Saranghae untuk peminat muzik K-pop.

Single Saranghae boleh didapati di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Video muzik lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Meer Nash.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iols okay je as long as dia diberi peluang and buat bersungguh2.. jgn hangat2 taik ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh...ini yg panel penyiasat ICSYV Tu org cina Kan..siap ckp lagi ntah2 anak sedara pengacara cina taktau nama tu..episod sblm tu, anak sedara syuk kan yg masuk..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 01:35 PM | Show all posts
kenapa nampak macam kelempuk jah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:49 PM | Show all posts

Imej K-Pop, Meer Nash Digelar Oppa Malay

Tampil dengan imej K-pop, penyanyi Meer Nash mengambil risiko menjadi mangsa kecaman netizen.


Pernah digelar 'Oppa Malay' ketika menyertai program realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY), tahun lalu, Meer atau nama sebenar, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, mempersiapkan mental berdepan persepsi peminat terhadap imejnya.




Foto: IG




"Apabila saya membuat keputusan menjadi artis, saya sudah tahu, mesti ada yang suka dan sebaliknya.


"asti ada yang puji dan kecam. Saya sudah bersedia dengan perkara ini.


"Benar, kadang-kadang kecaman buat saya sedih. Tetapi lebih baik saya fokus kepada perkara positif," katanya kepada BH Online.




  



Meer berkata, keputusan untuk tampil dengan lagu berunsurkan K-Pop, Saranghae mendapat reaksi negatif sebelum single terbabit dilancarkan.


"Sebelum lagu dilancarkan, sudah ada yang memberi kecaman. Saya perlu bersedia kerana saya yang buat keputusan untuk tampil dengan genre muzik ini," katanya.




  



Berkongsi lanjut mengenai lagu yang diterbitkan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia, Meer berkata, karya itu adalah percubaan pertamanya sebagai komposer dan penulis lirik.


Akuinya, pengalaman menerbitkan Saranghae cukup berharga kerana segala-gala yang dimahukan, dikongsi dalam lagu terbabit.




  



"Jika diikutkan, ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini, saya pernah cipta beberapa lagu.


"Namun, saya fikir karya itu masih belum cukup bagus untuk diketengahkan. Apabila mencipta Saranghae, saya suka dan anggap karya ini boleh dikomersialkan," katanya.


Tambah Meer, jolokan 'Oppa Malay' ketika menyertai ICSYVMY mendorong dia memasukkan elemen K-pop dalam single Saranghae.




  



"Melodi dicipta ada bunyian K-pop. Jadi, timbul idea untuk menghasilkan lirik dan keseluruhan komposisi lagu.


"Mendengar melodi pertama, saya sudah tahu lirik yang sesuai. Saya cipta lagu ini seperti single awal yang dirakamkan Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita," katanya.




  



Meer menyasarkan lagu Saranghae untuk peminat muzik K-pop.


Single Saranghae boleh didapati di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Video muzik lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Meer Nash. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 02:53 PM | Show all posts
thread Raline

Wahai wartawan cari sayang.
thread dah ade.
Sile merge.
Tau korang kebal, tp tiap2 hari thread ulang2, thread sampah.
Senang buat duit camtu.
Xde kualiti langsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak muda acah kpop boleh hadam lg...jgn tua mcm sapa tah yg kt korea tu hyun min a?yg tu layak ditapak kaki je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 08:27 PM | Show all posts
Macam mana pronounce nama dia? Meer@mir ke Meer as in meerkat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:32 PM | Show all posts
hasniey replied at 21-6-2021 05:59 PM
Budak muda acah kpop boleh hadam lg...jgn tua mcm sapa tah yg kt korea tu hyun min a?yg tu layak di ...

ya ampun kaka tak sangka uols boleh ingat si hyun tapak kaki Ah tu... si pakcik tu memang berangan sungguh...siap shoot2 separuh bogel lagi acah2 macam comel... entah dia pernah tengok wajah dia dekat cermin ke tak...
mesti dia duduk dalam alam hayalan ilusi... tak pernah jejak di permukaan bumi yang rata..

harap2 family dia bawak2 la dia pergi berubat.. dah terang2 mental orang tu... cucur jawa gigih nak jadi kimbap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 21-6-2021 08:32 PM
ya ampun kaka tak sangka uols boleh ingat si hyun tapak kaki Ah tu... si pakcik tu memang berangan ...

Igt...xkan ku lupa dgn rambut setepek muka tua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bbnu suka la lagu2 gini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 21-6-2021 08:32 PM
ya ampun kaka tak sangka uols boleh ingat si hyun tapak kaki Ah tu... si pakcik tu memang berangan ...

Aku ni migraine dr tghari td x ilang2 ni kak duda oi.. disebutnya pulak pasal mamat ni, aku pun saja la check out ig dia ya awloh hampunnn terus rasa nak pecah kepala menengok leluhur jawa yg tebal ituu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 21-6-2021 08:44 PM
Aku ni migraine dr tghari td x ilang2 ni kak duda oi.. disebutnya pulak pasal mamat ni, aku pun sa ...

Tu la, nauzubillah min zalik. Nak minta sape2 tolong tampar dia 1x bagi dia tersedar dari ilusi beliau tu dan berpijak pada bumi yang nyata. Sape tag cucur jawa tu dapat 1x kek mamasabariah sekali ngap kambus belakang rumah. TnC applies.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:03 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 21-6-2021 08:32 PM
ya ampun kaka tak sangka uols boleh ingat si hyun tapak kaki Ah tu... si pakcik tu memang berangan ...

heshe pernah jadi translator untuk Han Byul hurkeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tk tgk dh icsyv sbb alergic kat tonyok tu
Anak2 pn meluat dgn dia
Ikutkn diorg suka je tgk
Napa la tv3 ni sangap amik dia puih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Euw
Yucks
Jauh kimchi dari ramyeon ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik suka dia ni. Dh la encem, suara sedap. Bdk ni mix malay n chinese kan.. Dh pnh msuk mcm2 program kt china nun.. Dia ckp mandarin lancar mcm air diknon.. Kelebihan dia la keluarga mix. Sng nk lebarkan sayap ke sana. Goodluck la dik meer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067737 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list