CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 1

Jika terjumpa, belilah burger dia ini -Azad Jasmin.

[Copy link]
Post time 21-6-2021 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Jika terjumpa, belilah burger dia ini -Azad Jasmin.



Oleh FATHULLAH ABU BAKAR   21 Jun 2021, 12:07 pm

PETALING JAYA: Pelakon popular, Azad Jasmin, menyeru kepada orang ramai yang melalui di kawasan Shah Alam agar dapat membantu seorang remaja terbabit yang bersungguh-sungguh mencari rezeki ketika hujan lebat.

Menerusi perkongsian di entri Azad, dia sempat merakam pemuda berkenaan yang berdiri di tepi lampu isyarat sambil memegang beberapa biji burger untuk dijual kepada pengguna kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Selanjutnya, Azad berkata remaja itu bukanlah meminta sedekah wang ringgit tetapi sekadar menginginkan jualannya habis dijual.

“Sesiapa yang lalu di kawasan Shah Alam, tolonglah budak ini. Dia tidak meminta wang, cuma minta anda jika terjumpa, beli lah burger dia ini.

“Anda bantu dia, dijamin Allah membantu anda juga. Hujan rahmat, Ya Allah ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya.

“Kita bersenang-senang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar,” luahnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet bersimpati melihat situasi remaja berkenaan yang berusaha mencari rezeki demi sesuap nasi serta mendoakan agar sentiasa dilindungi Allah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik burgeee Dimurahkn rezeki selalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.063169 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list