View: 1398|Reply: 3
|
11 Ditahan Usung Mayat Rakan Di Jalan Siram
[Copy link]
|
|
Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan berhubung perarakan mengusung mayat di Jalan Siram, Butterworth pada 17 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua lelaki berusia 15 hingga 35 tahun itu ditahan dalam tangkapan yang dibuat bermula jam 6 petang hingga 10 malam Ahad.
"Kesemua mereka ditahan di sekitar Butterworth dan Mak Mandin. Ketika ditahan, mereka mengaku berada di lokasi perarakan dan individu di dalam video tersebut adalah diri mereka.
"Mereka mengaku mengusung mayat rakan mereka berusia 23 tahun yang meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya kerana penyakit tibi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Noorzainy berkata, kesemua lelaki tersebut akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada pagi Isnin untuk perintah reman.
"Kita akan melengkapkan siasatan sebelum kes dirujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
"Kita juga sudah merakamkan keterangan pengurus tempat pengurusan mayat. Menurut pengurus itu, dia sudah melarang kumpulan tersebut melakukan perarakan, namun mereka berdegil," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Sebelum ini, video berdurasi 56 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menari dan berarak dengan membawa mayat tular di aplikasi Tik Tok dan Facebook.
Video berkenaan dipercayai dirakamkan oleh salah seorang daripada kumpulan tersebut, lalu memuat naik ke media sosial.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan lelaki itu berikutan negara sedang melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh kerana wabak Covid-19.
Polis membuka kertas siasatan serta mengesan kumpulan individu terbabit selepas menerima laporan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Berani nye depa... Sah mmg ada polis dok tgu kt tol sg nyoq tu kan??... Saja mnegundang |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada yang nasihat tapi tak nak dengar sendiri cari bala namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk ke sekian kali nya - why upload ke tiktok la bangang... ujar kawan2 beliau
|
|
|
|
|
|
|
| |
|