Malam tadi, fb Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat telah post satu pos mengajar YDPA tentang PERANAN dan BIDANG KUASA YDPA. Sebaik sahaja pos tersebut dinaikkan, beribu-ribu pos membalas komen di ruangan komen. Ramai yang tidak bersetuju & mengetroll pos tersebut. Kebanyakan mengatakan PAS penderhaka. Telah nampak belang PAS yang hanya ingin kekalkan kuasa yang ada sehingga sanggup mengeluarkan pos berkenaan. Komen-komen semakin panas apabila fb Tentera Troll Kebangsaan Malaysia membuat satu posting mengenai pos PAS pusat tersebut.
Sementara itu, satu kicauan daripada kicau RAISYATIM di kicaukan berlegar mengenai perkara tersebut. kicauan tersebut mengatakan, YDPA telah diberi kuasa yang telah diperuntukkan oleh ordinan darurat 2021.
Tak semena-mena, pos PAS pusat telah dipadam serta merta menjadi pos 404.