CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 0

[Tempatan] Sultan Kedah kasihkan rakyat

 Close [Copy link]
Post time 20-6-2021 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Kedah kasihkan rakyat


(Dari kiri) MAZLINA KAMARUDIN, ZAINUDIN KADIR dan MOHAMAD YUSRIZAL YUSOFF

Oleh JAMLIAH ABDULLAH   20 Jun 2021, 11:25 am


ALOR SETAR: Rakyat di negeri ini melahirkan rasa kesyukuran penuh kasih sayang di atas keprihatinan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan dan kebajikan mereka terutama berdepan dengan ujian getir pandemik Covid-19.

Rata-rata yang ditemui berkata, sikap tersebut membuktikan Sultan Sallehuddin, seorang raja yang berjiwa rakyat.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-79 ini, mereka mendoakan agar baginda dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memayungi Kedah di samping Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd., Mazlina Kamarudin, pihaknya kagum dengan sikap baginda yang sentiasa prihatin namun tegas ketika mengingatkan rakyat untuk menjaga diri masing-masing bagi mencegah penularan wabak itu.

“Baginda menzahirkan rasa khuatir dengan jumlah jangkitan yang semakin meningkat dan menasihatkan kita supaya sentiasa disiplinkan diri dan mematuhi norma baharu ketika pandemik ini.

“Ini membuktikan keprihatinan Sultan Kedah dan bertapa baginda mahu semua rakyat bersatu padu untuk memerangi wabak ini.

“Keprihatinan baginda itu juga sedikit sebanyak meredakan keresahan dan kebimbangan di hati kita sebagai rakyat jelata. Kita bangga kerana Sultan kita kasihkan rakyat jelata,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, sebagai individu yang pernah terlibat secara langsung dengan Sultan Kedah, baginda digambarkan sebagai raja yang dekat di hati rakyat di sebalik ketegasan dan disiplinnya.

“Di mata rakyat, baginda seorang raja yang tegas dan berdiplomasi. Baginda ada karisma baik dan dekat di mata rakyat kerana kurang protokol.

“Selain itu, baginda sentiasa ingin mendengar permasalahan rakyat dalam apa juga isu termasuk pelancongan,” katanya.

Malah kata beliau, dalam satu acara cemar duli ke Pulau Payar sebelum ini baginda turut menekankan kepentingan memulihara ekosistem yang indah di kawasan tersebut.

“Saya masih ingat kata-kata baginda, ‘Biar Kedah miskin tapi kaya dengan khazanah alam semulajadi.’ Itu dizahirkan setelah melawat pulau berkenaan sekali gus menggambarkan beliau mementingkan sektor pelancongan negeri ini,” katanya.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, sebagai ketua agama negeri ini baginda cukup prihatin dengan ibadah rakyat jelata terutama ketika semua perlu mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) mengikut norma baharu.

“Kedah tempat lahir banyak ilmuan agama dan ulama jadi bukan sesuatu menghairankan jika baginda ambil berat. Jelas sekali apabila pandemik dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baginda yang memperkenankan agar masjid dan surau dibuka untuk rakyat jelata dengan SOP yang ketat.

“Kita menjunjung kasih kepada baginda yang prihatin dengan fardu kifayah itu,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.083400 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list