|
Tiga kanak-kanak terkena tembakan dalam majlis hari jadi di Toronto
Oleh Media Mulia 20 Jun 2021, 12:12 pm
TORONTO: Tiga kanak-kanak cedera terkena tembakan dalam insiden tembakan rambang di sebuah majlis hari jadi di barat Toronto pagi semalam.
Jurucakap polis Toronto, Kelly Skinner berkata, dua kanak-kanak lelaki dan perempuan cedera dalam kejadian itu, masing-masing berusia setahun, lima dan 11 tahun.
Seorang lelaki berusia 23 tahun turut cedera akibat terkena tembakan.
“Kanak-kanak tersebut bukan sasaran suspek dan polis mengesan beberapa suspek yang mungkin terlibat dalam kejadian itu.
“Seorang daripada kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi stabil ” katanya.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan belum membuat sebarang tangkapan. – AP
|
|