CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 1

[Sarawak] Orang ramai tidak perlu bimbang tampil derma darah ketika COVID-19

[Copy link]
Post time 20-6-2021 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai tidak perlu bimbang tampil derma darah ketika COVID-19
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]DIHARGAI: Chua (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penderma darah di Sibu, semalam.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]

SIBU: Orang ramai di sini disarankan supaya tidak bimbang tampil menderma darah ketika pandemik COVID-19.


Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Daerah Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee berkata setiap kempen derma darah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
“Kita mempunyai garis panduan menjalankan kempen mengikut arahan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Ini adalah kerana perkumpulan dibuat semasa kempen derma darah dilaksanakan dalam persekitaran terkawal dan bukan sekadar perhimpunan biasa,” katanya ketika kempen menderma darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia anjuran PBSMM Daerah Sibu dengan Bank Darah Hospital Sibu, semalam.
Pada kempen tersebut, seramai 15 penderma berjaya mendermakan darah dan diberikan sijil penghargaan disampaikan oleh Chua.

Beliau menjelaskan setiap kempen derma darah ketika ini telah diarah mengikuti beberapa mekanisma kawalan jangkitan sesuai memastikan keselamatan penderma, kakitangan dan produk darah.
“Semua langkah kawalan jangkitan dilaksanakan mengikut saranan KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” jelasnya.
Bagi memastikan keselamatan, beliau memberitahu penderma tampil menderma darah ditemu duga dan disiasat latar belakang memastikan benar-benar bebas daripada virus itu.
Sebelum itu, penderma diperiksa suhu dan diwajibkan mengimbas MySejahtera bagi memastikan mereka benar-benar sihat selain mematuhi SOP.
“Kita mengalu-alukan golongan muda tampil menderma darah dan menangkis segala kebimbangan serta keraguan mengenai kempen menderma darah yang dianjurkan,” katanya.
Beliau menjelaskan orang ramai juga boleh tampil secara individu menderma darah ke Bank Darah Hospital Sibu pada bila-bila masa.
“Kita berharap masyarakat dapat membantu untuk tujuan ini agar bekalan darah di hospital sentiasa mencukupi.
“Setiap pematuhan SOP ketat dapat menghindari dijangkiti asalkan kita jujur semasa ditemu duga sebelum menderma darah.
“Apa yang penting kita harus bebas jangkitan virus, bukan kontak rapat dan sihat ketika menderma darah,” jelasnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045113 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list