CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5096|Reply: 25

Bipolar penyakit mental serius

[Copy link]
Post time 17-6-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Bipolar penyakit mental serius



PENYAKIT bipolar antara tiga penyakit mental serius dan prevalens seumur hidup di dunia dianggarkan antara 2.6 peratus hingga 6.5 peratus.

Faktor genetik menjadi penyumbang kepada penyakit bipolar, iaitu didapati sekiranya ada ahli keluarga mengalami masalah penyakit emosi seperti kemurungan atau bipolar, jadi cenderung untuk mengalami masalah sama.

Pengaruh psikologi dan persekitaran juga sangat penting yang menjadi pencetus kepada penyakit ini.

Pelbagai isu seperti masalah hubungan keluarga, kehilangan pekerjaan atau tidak bekerja, masalah kewangan, salah faham di tempat kerja serta penyalahgunaan dadah antara punca kerap dilihat pesakit yang mengalami penyakit ini.

Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kanan, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aishah Siddiqah Alimuddin, berkata ada perbezaan antara bipolar dengan kemurungan, stres dan penyakit jiwa lain.

Katanya, penyakit bipolar (atau kecelaruan dwikutub) sejenis penyakit mental yang menyebabkan perubahan emosi, tingkah laku dan pemikiran.

Perubahan ini boleh dilihat dalam bentuk perubahan mood, emosi, tenaga, daya tumpuan, jenis dan tahap aktiviti yang dijalankan serta kebolehan melaksanakan tugasan harian.

Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, bipolar I disorder dan bipolar II disorder.

Bipolar disorder, iaitu pesakit mengalami sekurang-kurangnya sekali episod mania (dengan atau tanpa pernah mengalami episod depresi).


Penyakit mental akan menyebabkan gangguan dalam fungsi hidup harian termasuk kemurungan.- Foto hiasan

Bipolar II disorder, iaitu pesakit mengalami episode hypomania, dan turut atau pernah mengalami episode depresi.

Gejala penyakit bipolar

Katanya, mania adalah episod seseorang itu mempunyai sama ada perasaan teruja yang berpanjangan atau menjadi pemarah, tenaga yang sangat tinggi berserta pelbagai perancangan serta usaha untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Gejala ini biasanya berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu. Ada gejala lain seperti, mempunyai keyakinan atau harga diri yang terlampau tinggi, kurang keperluan untuk tidur, bertutur lebih daripada biasa dan sukar diberhentikan.

Selain itu, pemikiran mereka terlalu pantas, mudah hilang fokus, kelihatan gelisah dan sukar bertenang dan terbabit aktiviti tertentu seperti berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju dan sebagainya.

Apa itu Hypomania

Dr Aishah berkata, ia mempunyai gejala yang sama dengan mania, namun kurang dari segi intensiti gejala menyebabkan masalah dalam aktiviti harian, serta tempoh durasi gejala adalah biasanya dalam empat hari.

Kemurungan di dalam penyakit bipolar pula adalah episod seseorang itu mengalami perasaan sedih atau kehilangan keseronokan dalam tempoh dua minggu secara berterusan, dan gejala ini ditemani gejala lain seperti masalah tidur, perubahan selera makan, rasa letih dan lesu, pergerakan menjadi lebih perlahan daripada biasa, kelihatan gelisah dan sukar bertenang.

"Mereka merasa diri tiada harga diri, kerap rasa bersalah, tidak boleh fokus, sukar membuat keputusan dan berfikir ingin membunuh diri," katanya.

Penyakit mental ini akan menyebabkan gangguan dalam fungsi hidup harian dan lazimnya dikaitkan dengan keadaan serius menyebabkan kemurungan, diikuti skizofrenia dan seterusnya penyakit bipolar.

"Kemurungan lebih bersifat satu kutub dalam perubahan emosi yang ditunjukkan (tidak mengalami mania atau hypomania).

"Bagi pesakit skizofrenia pula kerap menunjukkan gejala psikosis. Ketiga-tiga penyakit ini adalah berbeza dengan stres, adalah masalah kesihatan mental dan bukanlah penyakit," katanya.

Secara purata lelaki dan wanita menghidap bipolar I disorder adalah sama, namun didapati episod mania lebih kerap berlaku kepada lelaki, berbanding kemurungan lebih kepada wanita.

"Ini berlaku disebabkan perbezaan hormon, kesan mengandung, melahirkan anak dan perbezaan jenis stres dialami wanita dan lelaki," katanya.

Penyakit bipolar sering mencapai kemuncak pada hujung remaja ke awal dewasa.

Kaedah rawatan

Pelbagai rawatan boleh diberikan kepada penghidap, iaitu diberu ubat-ubatan (biologi), terapi (psikologi), sokongan sosial dan spiritual.

Ubat-ubatan bergantung kepada tahap dan jenis bipolar dialami penghidap.

Ubat-ubatan yang kerap digunakan adalah ubat penstabil emosi, antipsikotik dan ubat kemurungan. Ubat-ubatan ini perlu diambil setiap hari mengikut nasihat dan perbincangan bersama doktor pakar masing-masing.

Adakalanya, pil penenang (seperti benzodiazepines) juga akan diberikan bagi jangka masa pendek bagi mengurangkan keresahan dan membantu seseorang itu lebih tenang.

Pesakit juga boleh menjalani terapi psikologi bersama pakar yang akan menyaran jenis terapi sesuai mengikut keperluan kes.

Antara terapi sering disaran adalah 'interpersonal social rhythm therapy' (IPSRT) boleh membantu individu mengawal tekanan, mengurangkan gangguan ritma biologi badan serta memastikan mengambil ubat mengikut waktu.

Terapi ini bertujuan membantu mereka mendapat kemahiran bagi menghadapi cabaran hidup.

Dari segi sosial, penghidap digalakkan membina kemahiran dalam menangani isu di persekitaran mereka serta diberi sokongan dalam mencari kerja melalui 'supported employment' (jika mereka masih tidak mempunyai pekerjaan).

Penggunaan spiritualiti, termasuk aktiviti keagamaan, didapati membantu individu tertentu proses penyembuhan dan mengelakkan penyakit berulang semula.

Penyakit bipolar ini boleh mengalami 'relapse' sepanjang hidup, namun dengan rawatan berbentuk bio-psiko-sosial-spiritual kebanyakan pesakit dapat meneruskan kehidupan dan mempunyai kualiti hidup yang baik.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 05:52 PM | Show all posts
Salu baca kisah artis & selebriti hidapi ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 06:31 PM | Show all posts
seribulan replied at 17-6-2021 05:52 PM
Salu baca kisah artis & selebriti hidapi ni...

kadang2 sebab dadah gak.... percaya x 50% artis malaysia terlibat n dadah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu kite kn kembali kpd sang pencipta.....dktkan diri dgn DIA supaya jiwa x kosong.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 08:02 PM | Show all posts
Edited by KIM.K at 17-6-2021 08:21 PM

@stingerstake ko amik ubat ni ke. prof muhanat kata tak cukup zikir
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Fasa mania tu sampai tak boleh tidur langsung, sbb terlalu aktif & byk idea mencurah. Tapi bila dtg fasa hypo ...tiba-tiba je rasa panik & menangis tanpa sebab.

Kisah 15 tahun lepas yg sangat byk mengajar erti hidup & mengenal jiwa kehambaan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2021 12:54 PM | Show all posts
IPSRT tu saya tak berapa familiar
sounds something that can work well
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 03:10 PM | Show all posts
Raline replied at 17-6-2021 05:31 PM
kadang2 sebab dadah gak.... percaya x 50% artis malaysia terlibat n dadah....

Percaya...juga alkohol...non artis pun ramai kan...huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2021 03:12 PM | Show all posts
ipes2 replied at 18-6-2021 11:54 AM
IPSRT tu saya tak berapa familiar
sounds something that can work well

Apa tu IPSRT...nanti dah tambah ilmu jelaskan ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2021 03:36 PM | Show all posts
seribulan replied at 18-6-2021 03:10 PM
Percaya...juga alkohol...non artis pun ramai kan...huhu...

betul.. siapa belakang tabir mesti tahu la cm ni sosial mereka
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sangat kat orang yang kena bipolar sebab faktor keturunan. Kalau bipolar dan skizo sebab mendadah, aku tak kesian. Penyakit cari sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2021 11:12 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-6-2021 12:31 PM
Kesian sangat kat orang yang kena bipolar sebab faktor keturunan. Kalau bipolar dan skizo sebab mend ...

ohh so ada 2 cara akan kena penyakit ni... igt dr keturunan je.. rupanya dr DADAH pun boleh ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts



Kalau x silap i Dolores ade manic episode u all tgk la & nilai sendiri

Mania
The manic phase of bipolar disorder may include:

feeling very happy, elated or overjoyed
talking very quickly
feeling full of energy
feeling self-important
feeling full of great new ideas and having important plans
being easily distracted
being easily irritated or agitated
being delusional, having hallucinations and disturbed or illogical thinking
not feeling like sleeping
not eating
doing things that often have disastrous consequences – such as spending large sums of money on expensive and sometimes unaffordable items
making decisions or saying things that are out of character and that others see as being risky or harmful

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lagi satu..host tu tanye "are u ok dolores??"

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 7-4-2022 07:54 PM





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:37 PM | Show all posts
Hey guys..Selamat Berpuase & Berbuka & Bersahur

Saje nak share something, beza Bipolar & ADHD

Bipolar
1- Hyper energetic
Kira ni 1 kelebihan la sbb org yg ade bipolar ni sgt2 bertenaga terlebih so they all bukan keje masa siang je tgh2 malam pun bleh keje contoh siang keje,  mlm2 buta cat rumah ke etc..

Terlebih produktif bagus la kan? Where as

ADHD
1- Hyper energytic
Tp dlm minda je huha huha..huru hara mcm2 fikir idea plan imaginasi nak buat this & that, tapi last2 suku je yg dirancang or to do list yg dpt buat. yg lain2 tu simpan la utk esok ke lusa ke mggu depan ke tahun depan

Unless u ade symptom ADHD Hyper Focus
Haa..ni mmg 1 kelebihan, U mmg bleh buat keje sgt tip top terbaik pantas infact lebih produktif dari rakan2 sekerja yg lain.

Malangnye I xde symptom ni so...i is ADHD versi loser .
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 17-6-2021 06:31 PM
kadang2 sebab dadah gak.... percaya x 50% artis malaysia terlibat n dadah....

80% drp penagih dadah kat m'sia ialah org Melayu. Tu lagi sedih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.473757 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list